Sabtu, Disember 01, 2012


Memang benar apa yang dikatakan. Tidak dapat kita nak nafikan perkara tersebut. Tapi, malangnya, baru hari ini diorang nak sebut pasal benda ni?

Rasanya, blog ni dah lama dulu cerita pasal Perang Bukit Uhud ni. Tapi ada orang UMNO ambik kisah? Ada orang UMNO jadikan iktibar? Fikir sendiri je la.

Kalau diatas, masih ramai lagi yang dok bertelingkah sesama sendiri sedangkan yang dibawah ni dok berperang macam nak mati. Susah la kerja kalau macam tu.

Apa yang ada sekarang ni perlu dipertahankan. Yang kat atas Bukit Uhud tu jangan bertelingkah sesama sendiri. Jangan nak menyusahkan orang bawah.

Artikel ni bukannya nak hentam UMNO tapi sekadar satu peringatan. Jangan kita ulang sejarah Bukit Uhud. Ada sikit pun, perlu kita pertahankan. Yang banyak pun sama jugak. Jangan sampai semua tergadai sudah la!!!
Dalam UMNO ni pun jangan nak syok sendiri. Syarat nak menang , jangan duk celaru. Presiden bila cerita perang Uhud, ini kena jadi pengajaran kepada kita. 
Ini sejarah mengenai mereka yang tidak mendengar arahan. Jangan letak kepentingan peribadi sebagai perkara utama, letak kepentingan parti lebih utamaKalau ketua bahagian, kenalah turunlah tengok akar umbi. 
Presiden boleh buat, turun ke bawah, kepimpinan bahagian kena buat juga. Tambat hati pengundi sokong BN.Tak perlulah senada dengan pembangkang, dia nak buat apa biar. Pejuang atas jasa UMNO, biarkan mereka jangan duk ikut apa mereka kata. 
Kalau saya nak yakinkan perwakilan, ahli dan pembangkang bawah perjuangan UMNO berlandaskan hadis, itulah Allah bagi kemenangan kepada kita sejak dulu, Putrajaya wajib kita pertahankan. 
Pembangkang kata UMNO tolak Islam. Kalau kita lihat apa yang termaktub dalam perlembagaan negara, kita menegak, mengembang dan mempertahankan Islam, inilah asas penubuhan UMNO dan UMNO konsisten dalam hal ini. 
Menegakkan Islam di bumi kita berpaksikan maqasid syariah. Siapa yang buat? UMNO... kita bina masjid, buat sekolah, jalan raya, tali air, inilah perjuangan kita ikut syariat untuk memperjuangkan agama dan bangsa.Siapa yang dirikan masjid, siapa yang tumpang sembahyang? Masjid di Kelantan berapa banyak yang Pas bina? 
Tak payah cerita berapa banyak kerajaan BN dah bina masjid. Ini perjuangan siapa?Siapa yang wujudkan institusi Islam di negara ini? Dari IPT, Jabatan Agama Islam, Mahkamah Syariah, Yadim, Jakim, Perkim siapa buat? 
Apakah ini terbukti UMNO tolak Islam? Siapa tubuh perbankan Islam? Dulu Hadi kata, Bank Islam ini kulit sahaja., tapi dia simpan di Bank Islam juga. 
Siapa yang pertahankan bila Anwar Ibrahim sebut Pluralisme? Manusia jenis ni Allah ada cerita dalam al-Quran. Ini jelas. Dulu kata LGBT haram, tapi sekarang kata undang-undang LGBT ini adalah lapuk. 
Inilah Anwar Ibrahim. Kenapa kita tidak bingkas bangun pertahankan LGBT inilah haram di sisi Islam. 
Siapa yang sanggup tukar status tanah wakap ke tanah ibadat? Apa jadi Melayu di Batu Uban, Pokok Asam dan Kampung Buah Pala? Siapa yang usir kamu? Saya akhiri nak tanya kenapa Pas buang kita ambik DAP??? - SUMBER
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping