Isnin, Disember 17, 2012


Terbaru, Lana mengeluarkan kenyataan tidak kisah jika imejnya yang menampakkan sebahagian lurah payu dara terdedah dalam filem Pontianak vs Orang Minyak dieksploitasi pengarahnya, Afdlin Shauki.

Bahkan, Lana melihat senario itu sebagai satu kerjasama situasi ‘menang menang’ kerana sudah lama teringin bekerjasama dengan sutradara itu dan buat kali pertama berpeluang membintangi filem komedi.

Persoalannya, selaku empunya diri, bagaimana Lana atau nama sebenar, Mazlina Hasan Nordin melihat diri dan apakah prinsip dipegang gadis kelahiran Kuching, Sarawak pada 6 Disember 1979 ini?

Adakah kritikan dan cemuhan yang diperkatakan selama ini langsung tidak berbekas di hatinya? Benarkah dia tidak kisah bahagian penting tubuhnya dieksploitasi demi berkarya?

Ketika perkara ini dibangkitkan, Lana menegaskan, dia tahu apa yang terbaik buatnya, bahkan pada usia 33 tahun, dia bijak menilai baik buruk sesuatu perkara.

Katanya, dalam berkarya, dia berpegang pada sikap profesional dan apa dilakukan selama ini tidak melanggar batas sepatutnya. Namun andai ada yang memandang serong, dia pasrah. Terserah apa orang fikir, dia tidak ambil pusing.

“Perkara ini bukan baru bagi saya. Pada awal kemunculan dulu, orang kaitkan saya dengan imej seksi dan simbol seks, malah ada yang labelkan saya Pamela Anderson Malaysia. Gelaran itu tidak pernah saya minta atau tagih, tapi orang yang beri.

“Bagi saya, seksi itu subjektif dan terpulang kepada tafsiran setiap individu. 
Mungkin seksi itu pada bentuk tubuh, wajah, mata, bibir, cara bercakap atau lenggok badan.

“Jujur, saya tidak pernah rasa diri ini seksi tapi jika itu penilaian orang, terserah. Saya tidak boleh tutup mulut orang. Kadang­kala hairan juga, bukan selalu saya bawa watak penggoda tapi itu yang orang ingat.

“Padahal, ramai lagi pelakon yang hidupkan watak sebegitu, tapi mereka tak pula kena kritik berpanjangan seperti saya. Seingat saya, tak pernah pula lakonan saya keterlaluan. Masih ada batas, termasuk penampilan. Bukannya saya buka baju atau beraksi ranjang.

“Pelik juga, watak penggoda dan seksi saja yang orang ingat dan jadi sebutan, walhal banyak lagi watak lain yang saya buat tapi tak digembar-gemburkan pula.

“Namun bila difikirkan semula, ada bagusnya. Bila orang ingat, bermakna lakonan saya menjadi. Tak mengapalah, saya lihat kritikan, cemuhan dan persepsi ini daripada sudut positif,” katanya yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem Innalillah.

Bekas pramugari ini berkata, dia bersedia dengan apa juga kontroversi yang bakal timbul berikutan penampilannya dalam filem Pontianak vs Orang Minyak dan menyerahkan perkara itu kepada Afdlin jika ada apa juga perkara berbangkit di kemudian hari.

Katanya, ketika penggambaran dijalankan, dia ragu-ragu untuk berpakaian sebegitu, namun meneruskannya apabila Afdlin meyakinkan semuanya akan berjalan lancar dan bertambah lega apabila Lembaga Penapis Filem Malaysia (LPF) meluluskan babak itu.

“Kalau benar keterlaluan, pasti babak saya dipotong. Saya gembira menjadi sebahagian daripada keluarga produksi ini dan berharap isu ini tidak diperbesar-besarkan.

“Saya berlakon filem ini kerana belum pernah buat genre komedi dan sudah lama teringin bekerjasama dengan Afdlin. Dia pengarah kreatif dan sangat komited dengan kerjanya,” katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. kalu tak salah teman, 2/3 penghuni neraka itu terdiri orang perempuan....mungkin dia ini salah seorang darinya?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping