Isnin, Disember 17, 2012



KUALA LUMPUR – Sebuah pusat hiburan yang menyediakan bilik khas untuk kegiatan pelacuran diserbu dalam operasi di Jalan Brunei Utara, Off Jalan Pudu, awal pagi kelmarin.

Operasi yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira jam 12.30 pagi itu berjaya menahan dua lelaki tempatan, enam pelacur warga asing dan seorang wanita tempatan.

Jurucakap polis berkata, operasi tersebut dijalankan bertujuan mengesan individu yang dikehendaki selain memeriksa pusat hiburan di kawasan tersebut.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dalam premis hiburan tiga tingkat itu, polis menemui sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan dalam bilik tersebut menemui tilam dan rak tuala dipercayai digunakan untuk kegiatan pelacuran,” katanya.

Operasi yang diketuai Inspektor Nasir Ismail bersama dua pegawai dan 10 anggota mendapati, dua lelaki tempatan didapati bersalah bersabit kesalahan kes dadah.

Beliau berkata, wanita warga asing yang ditahan berusia 20-an berasal dari China dan Vietnam. Menurutnya, siasatan mendapati mereka menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara ini.

“Siasatan mendapati premis hiburan ini tidak mempunyai lesen perniagaan hiburan dan menyediakan pelacur kepada pelanggan yang dikenali,” katanya.

Ps: Benda macam ni la yang Si Ketua Penipu tu nak perjuangkan selama ni. Dia nak ada bilik khusus untuk orang buat maksiat.

Apa yang orang tu nak buat dalam bilik tu, itu dia punya pasal la. Tak de hak orang lain nak masuk campur.

Nanti, KALAU diorang berkuasa, jangan pelik la benda - benda macam ni makin berleluasa di Negara ni. Sebab benda itu jugak jadi janji diorang sekiranya menang Putrajaya kelak!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Tak check ke kut2 DNA Bang Non Al Jubs ada kat situ......

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping