Syabas dan tahniah diucapkan kepada peneroka - peneroka di 8 buah kawasan Felda ni kerana berani menegakkan Kebenaran dan menentang Kebatilan.
Ini satu peringatan awal kepada rombongan pembohong - pembohong Kahak Oren yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang Felda tu.
Diorang dah banyak kali kantoi berbohong dikawasan - kawasan orang. Dah banyak kali jugak diorang timbulkan kekecohan yang tak tentu arah.
Kalau betul diorang nak memperjuangkan warga Felda, jelaskan dulu ke mana hilangnya duit pampasan yang dituntut oleh peneroka Felda Sungai Kemahang 3 tu.
Diorang perlu jelaskan, kenapa sampai hari ni duit pampasa tu masih lagi belum diterima oleh peneroka - peneroka yang terlibat. Jangan sibuk nak masuk tempat orang lain.
Kali ini, amaran awal dikeluarkan agar diorang ni faham apa yang cuba disampaikan. Jangan lepas ni diorang main langgar ikut suka hati dan kemudian salahkan orang lain pulak.
Dah terang - terang dah warga Felda ni tolak puak - puak pembohong macam diorang tu. Jadi faham - faham sendiri je la ye. Jangan la buat - buat tak reti bahasa pulak.
Tapi, kalau dah jenis manusia yang letak otak kat Kepala Lutut ni memang BEBAL sikit. Cakap orang bukan nak didengar. Cakap diorang je betulnya. Itu pasal la diorang suka buat orang menyampah sebab perangai macam Sial!!!
KOTA TINGGI - Ketua peneroka dari lapan tanah rancangan Felda di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sedili di sini menghantar memorandum untuk menghalang ceramah politik pembangkang diadakan di kawasan mereka.Lapan kawasan terbabit ialah Felda Lok Heng Selatan, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Aping Barat, Felda Aping Timur, Felda Simpang Waha, Felda Bukit Waha dan Felda Easter.Memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada satu perjumpaan semalam.Ketua Peneroka Felda Lok Heng Selatan, Mohammad Bakar berkata, memorandum itu mewakili suara semua penduduk termasu persatuan belia, Gerakan Persatuan Wanita (GPW) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada dalam kampung berkenaan.Menurutnya, penduduk kampung berkenaan sudah sebulat suara bersetuju dalam mesyuarat kampung untuk menolak sekerasnya kehadiran pembangkang di kampung mereka.“Selama ini kita telah memberi peluang kepada mereka mengadakan ceramah dalam kawasan gugusan ini. Kini, tempoh mereka telah tamat, malah kita tidak mahu mereka datang ke kawasan kampung kami lagi.“Tambahan pula kita takut jika kehadiran mereka nanti akan mencetuskan provokasi dan seterusnya mencetuskan suasana yang tidak aman,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.