Sabtu, Januari 12, 2013


Ha... korang nak tau ke mana Semut pergi merayap hari ni? Ha... kat sini la Semut merayap ikut sahabat Semut. Sekali  sekala berjalan hujung minggu ke tempat orang.

Kebetulan pulak ada program Mesra Rakyat 1Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri dengan penduduk - penduduk dikawasan DUN Sabai.

Apa yang menariknya, program ni bukan setakat berkumpul dan mendengar ceramah macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Tapi sebaliknya pulak.

Kalau puak - puak Pakatan tu, diorang suruh rakyat yang berjalan manakala pemimpin pulak sedap - sedap je datang naik kereta mewah.

Tapi, dalam program ni, pemimpin yang berjalan manakala rakyat datang dan duduk je. Hah! Kan tak sama tu. Program TPM ni dimulakan dengan 'Walk About'.

Dalam 'Walk-About' tu la peluang untuk rakyat bertemu dan bersalaman dengan pemimpin nombor dua Negara ni. Tak ketinggalan MB Pahang. Siap makan buah lagi.


Kemudian baru la TPM bersama - sama MB Pahang bergerak menuju ke dataran Karak Setia dimana lautan rakyat sedang menanti ketibaan mereka.

Sasaran yang dianggarkan sebelum ni hanya setakat 30ribu je. Tapi bila tengok semula, lebih 50ribu. Kira tak capai sasaran jugak la sebab terlebih. Hehehe...

Program ni katanya dirancang dalam masa yang singkat. Sekadar memakan masa tempoh dua minggu je untuk dibuat persiapan. Pun mampu menarik peserta seramai 50ribu.


Yang dok kompang satu Malaysia selama sebulan lebih dan riak kata nak kumpul sampai SEJUTA rakyat tu setakat mampu kumpul 80ribu je.

Tu pun macam - macam persiapan yang diorang buat. Siap bergaduh pulak dengan Polis nak pilih tempat punya pasal. Nampak sangat la diorang ni tak mampu nak memerintah. Buat kerja pun tak teratur, lagi nak cakap besar!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. Menulislah dengan tangan yang bersih,bertutur dengan mulut yang manis,melihat dengan mata yang jernih,mendengar dengan sopan.Jangan ditambah jika berkurangan dan jangan dibuang jika berlebihan.Sedarlah semuanya akan dihitung dipadang masyhar nanti, yang benar dan yang menipu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping