Ya! Memang betul Semut setuju sangat dengan saranan Si Ketua Penipu tu. Memang Kerajaan tak boleh nak abaikan suara rakyat.
Korang jangan la terkejut pulak kalau Semut setuju dengan saranan Si Ketua Penipu ni. Alhamdulillah, 'belakang' Semut masih 'selamat'.
Semut setuju dengan saranan tu bukan sebab apa. Sebab Kerajaan memang jelas tak mengabaikan suara rakyat seperti mana yang didakwa oleh Si Ketua Penipu tu.
Kenyataan Si Ketua Penipu tu dikeluarkan hanya semata - mata dia mengadap Himpunan Shamshidar yang diadakan pada hari ini.
Himpunan tu menyaksikan penyertaan seramai 80ribu orang AJE. Bukan la SEJUTA seperti mana yang dikompang oleh puak - puak Pakatan Pembangkang sebelum ni.
Ingat! Angka 80ribu tu bukan Semut yang keluarkan ye. Tapi, portal yang Pro Pakatan tu jugak yang kata kehadiran hanya seramai 80ribu.
Jadi, kalau 80ribu tu nak dianggap sebagai wakil kepada seluruh rakyat Malaysia ni memang tak masuk akal sebab jumlah penduduk Malaysia ni lebih dari itu.
Nak kata jumlah yang datang ke himpunan Shamshidar tu mewakili satu pertiga dari keseluruhan rakyat Malaysia ni pun masih tak mampu.
Anggaran penduduk di Malaysia ni lebih kurang 20juta lebih. Jadi, kalau diorang dapat kumpul SEJUTA orang pun, jumlah tu masih tak mencukupi. Satu peratus pun tak sampai.
Maka, kesimpulannya: Kerajaan memang tak mengabaikan suara rakyat dimana lebih kurang 19,920,000 lagi masih merupakan majoriti paling besar.
Bukan la nak riak, tapi itulah hakikatnya. Kalau nak dibandingkan jumlah 19juta tu dengan 80ribu peserta Himpunan Shamshidar tadi, memang cukup jelas.
Jadi, suruh la Si Ketua Penipu tu bawak - bawak sedarkan diri sikit. Jangan nak khayal sangat dengan angan - angan Mat Jenin dia tu. Kot setakat nak menipu rakyat ni, baik tok sah jadi pemimpin. Duduk rumah, jaga cucu lagi bagus. Ada jugak faedahnya!!!
Muka macam hantu
BalasPadam