Bila sebut sahaja nama dua orang pelakon ini iaitu Intan Ladyana dan Yana Samsudin, Murai Batu pasti teringat gandingan mereka dalam filem Bini-Bini Ku Gangster dan drama bersiri Bini- Bini Ku Perkasa.
Mana taknya, gelagat mereka sangat mencuit hati di dalam filem dan drama itu kerana mereka merupakan dua orang bini yang menjadi isteri kepada seorang suami.
Dalam filem itu suami mereka adalah pelakon Shaheizy Sam, sementara dalam drama bersirinya, watak yang menjadi suami mereka ditukarkan kepada pelakon Fezrul Khan.
Kebetulan, Murai Batumemang tonton dalam filem dan drama yang mereka digandingkan itu jelas mereka ni memang tidak sebulu dan asyik berperang serta bergaduh untuk mengambil perhatian seorang suami yang mereka kongsikan. Namun semua itu dikomedikan dan Murai Batu pun tak kering gusi lihat gelagat mereka.
Tapi, apa yang Murai Batu dengar baru-baru ini daripada seorang rakan Murai Batu mereka ni sebenarnya memang benar-benar tidak sebulu walaupun di luar lokasi penggambaran. Apa? Macam tak percaya je apa yang Murai Batu dengar!
Murai Batu dapat tahu, drama Bini Bini Ku Perkasa adalah drama terakhir mereka kerana selepas itu mereka meminta untuk tidak digandingkan bersama di dalam drama yang telah ditawarkan kepada mereka berdua baru-baru ini.
Puncanya Murai Batu sendiri tidak dapat kesan. Cuma Murai Batu ada dengar-dengar mereka ni ada perselisihan faham sehingga menyebabkan mereka tidak mahu lagi bekerjasama.
Entahlah, Murai Batu pun tak dapat pastikan kerana mereka sepatutnya tidak boleh bersikap begitu kerana masing-masing berada di bawah satu bumbung iaitu syarikat produksi yang sama.
Apa-apa pun, Murai Batu harap cerita yang Murai Batu dengar ni tidak betul dan jika betul pun minta segeralah berbaik-baik. Yelah, industri kita ni bukan besar, balik-balik mereka akan bertemu dengan muka yang sama juga kan?
Ps: La ish!!! Ingatkan Si Khalid Gagap tu je yang suka pasal 'bulu - bulu' ni. Rupanya artis pun ada jugak peel suka pilih 'bulu' ni ye?
Tapi, tahan la kalau artis pilih bulu tu tak melibatkan orang ramai. Sebaliknya, Si Khalid Gagap tu suka pilih bulu sampai menyusahkan rakyat. Itu dah Haramjadah dah namanya!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.