Ahad, Januari 06, 2013


HAMPIR setiap hari SS dengar artis berhijrah sama ada wanita mahu pun lelaki. Baguslah apabila mereka semakin menyedari tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

Bercakap soal hijrah ini, SS harap mereka faham erti penghijrahan dan bukan sekadar mengikut keperluan untuk berfesyen. 

Ini kerana SS tengok sekarang fesyen Muslimah semakin berkembang sebagaimana fesyen moden yang lain. 

Cara dan gaya bertudung juga jauh beza, ada yang berbelit di leher, fesyen turban, berenda, beropol, memakai tudung tiga empat lapis dengan jalinan pelbagai warna serta banyak lagi gaya bertudung yang menjadi gaya terkini. 

Baru-baru ini, SS berjumpa seorang pereka fesyen yang juga kenalan lama SS sejak belajar di kolej lagi. Dia meluahkan rasa yang terpendam di hati apabila melihatkan ragam artis yang dikatakan sudah berhijrah ini. 

Kalaulah rakan SS ini masih tahu batas aurat antara lelaki dan wanita, takkan artis yang kononnya sudah berhijrah itu pula tak tahu nak membezakannya atau sengaja buat tak tahu.

Artis ini menghadiri sesi fotografi dengan satu majalah dan dia menggayakan fesyen rekaan rakan SS itu. Walaupun naluri rakan SS ini lebih ke arah kewanitaan, tetapi dia tetap sedar yang dia dilahirkan sebagai seorang lelaki, jadi mereka berdua bukanlah mahram.

Namun belum sempat dia memberikan bajunya kepada artis terbabit dan sebaik menoleh ke arahnya, artis berkenaan sudah menanggalkan bajunya. Artis terbabit ketika itu hanya bercoli, tetapi kepalanya masih bertutup! 

Tak terkatalah rakan SS dan artis itu tanpa segan silu memintanya membantu memakaikan baju untuk sesi fotografi itu. Pelik rakan SS memandangnya, memanglah mereka berdua dalam bilik persalinan, tetapi cara artis itu memang tak kena. 

Rakan SS itu mengadu pada SS yang dia tak faham konsep artis sekarang yang kononnya sudah berhijrah. Takkan sekadar menutup kepala dan pakai baju labuh dikatakan berhijrah dan insaf sedangkan perlakuan masih begitu juga. 

Bukan saja artis, kepada sesiapa yang nak berhijrah ataupun sudah berhijrah tak perlulah tergedik-gedik nak beritahu yang dia adalah Muslim atau Muslimah sejati. Bukan setakat penampilan, tetapi buktikan dengan perbuatan sekali. 

Menurut rakan SS itu lagi, ramai lagi artis bertudung yang masih tidak kisah ‘berbogel’ depan pereka fesyen di kalangan lelaki lembut ini. Opps! siapakah mereka, nanti SS teruskan siasatan.


Ps: Kalau nak diikutkan, Si Ostazah Pening tu hari - hari dia 'berbogel' dalam twitter menunjukkan kejahilan dia dalam bab agama. Itu pasal la dia meroyan tak tentu arah!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Kalau tak nampak dengan mata kepala sendiri, janganlah sebar fitnah. Kang takut kena kat mak hang pulak!

    BalasPadam
  2. Artis nak kerja..., director nak buat kerja. Gila!!

    BalasPadam
  3. Artis konon berhijrah, tapi pakai tudung glamour yg singkat, kain jubah sendat.. habis lingkupppp!! hahaha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping