Rabu, Januari 09, 2013


Hek eleh... buat apa la nak ditahan - tahan puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Biar lantak ke diorang la nak buat apa pun. Diorang nak sumbat sampai 10juta, biar je.

Kalau diorang nak sumbat kat stadium tu sampai 100juta pun, lantak ke diorang la. Buat apa nak kisah sangat. Diorang pun tau yang stadium tu muat setakat 30ribu.

Tapi dek kerana nak tunjuk gah dan nak sangat tunjuk kononnya diorang ni ramai penyokong, maka diorang letak la angka tinggi - tinggi.

Esok, bila dah tak mampu nak capai sasaran diorang yang berjuta - juta tu, mula la diorang cari alasan lain. Dan salah satunya, diorang akan kata, Stadium tak muat.

Itu semua sekadar wayang diorang je. Bukannya kita tak tau. Taktik diorang nak 'cover line' kalau himpunan Shamshidar tu tak mendapat sambutan.

Dulu, masa diorang buat demo Bershit 3.0 pun diorang guna taktik yang sama jugak. Tinggal lagi, diorang tak cakap la yang stadium tak muat.

Diorang buat alasan kata Polis dah sekat jalan dan halang penyokong diorang dari memasuki ibukota. Ramai yang terkandas kat jalan masuk nak ke Kuala Lumpur.

Itu je yang diorang mampu buat. Bagi alasan yang tak masuk akal. Waima tak ramai penyokong pun, diorang tetap akan menipu jugak.

Tu pasal la puak - puak Pencacai Pakatan tu terpaksa keluarkan gambar 'photoshop' untuk menunjukkan yang ramai orang datang masa Bershit 3.0 dulu.

Jadi, buat apa nak bagi diorang alasan - alasan bangang macam tu. Biar lantak dia nak jadi sardin. Lagi bagus, biar je diorang nak berhimpun. Nanti, kalau jadi apa - apa, jangan diorang nak salahkan orang lain pulak!!!
SHAH ALAM - Himpunan Kebangkitan Rakyat hanya dibenar membawa hadirin tidak melebihi 30,000 orang pada Sabtu ini meskipun penganjur sebelum ini dilaporkan akan menghimpunkan hampir sejuta orang.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Merdeka Heritage Trust, pemilik Stadium Merdeka berkata, pihaknya tiada halangan terhadap permohonan Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk acara yang akan diadakan pada Sabtu ini dari jam 2 hingga 5 petang.

"Bagaimanapun, permohonan tersebut adalah tertakluk kepada syarat- syarat penggunaan stadium yang telah ditetapkan.

"Pihak Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat perlu mematuhi terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan terutamanya memastikan jumlah pengunjung/peserta tidak melebihi 30,000 orang," kata kenyataan itu.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping