Rabu, Januari 09, 2013


Huh!!! Bila tengok puak - puak Pakatan Pembangkang ni, teringat pulak Semut dengan ayat yang selalu digunakan oleh sahabat Semut tu.

Habis Kucar Lanar belaka dah puak - puak Haramjadah ni. Sesama diorang pun dah bercelaru dah dibuat dek puak - puak DAPigs tu.

Dah jadi berbelah bagi dah diorang sekarang ni. Ada yang kata setuju, ada yang kata tak setuju. Ada yang Pakat Angguk Saja je biarpun KONONnya ilmu diorang tinggi.

Semua ni berlaku bukan sebab apa. Hanya semata - mata diorang ni Gilakan Kuasa dan dibelenggu nafsu ghairah nak merampas Putrajaya. Tu je sebabnya.

Bukannya diorang ada sebab lain pun. Hakikatnya, diorang ni buat hanya untuk meraih undi demi kepentingan diri diorang sendiri. Bukannya diorang buat untuk rakyat sangat!!!

Kalau la isu yang macam ni punya besar pun diorang boleh jadi tak sependapat dan mencapai kata sepakat, macam mana diorang nak memerintah dimasa akan datang? Alamatnya, jahanam la Negara!!! Kucar kacir la dibuatnya!!!
SHAH ALAM - Selangor akur dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam.
   
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penggunaan kalimah Allah itu mengikut kepada tetapan yang telah difatwakan dan diwartakan oleh kerajaan negeri pada 18 Februari 2010.
   
"Mengikut warta kerajaan, lafaz kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam yang lain.
   
"Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Baru-baru ini Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan membangkitkan semula isu kalimah Allah melalui laman blognya dengan menggesa kerajaan pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Berikutan gesaan itu, Sultan Selangor melalui Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohd Misri Idris mengeluarkan satu kenyataan semalam dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam lain sebagaimana yang telah diwartakan.
   
Sultan Selangor turut menitahkan Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak sama ada orang bukan Islam atau di kalangan orang Islam sekalipun yang masih mempersoal atau memperlekeh fatwa yang telah dikeluarkan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di Selangor.
   
Mengenai pendirian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersetuju orang bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah Allah, Abdul Khalid enggan mengulas dan berkata pendirian kerajaan negeri mengikut apa yang telah diwartakan.
   
"Di Selangor, kalimah Allah dijaga di bawah Enakmen Kerajaan Negeri supaya tiada unsur penghinaan dan penyalahgunaan berlaku dan kita mengikut apa yang telah kita wartakan," katanya.  - Bernama
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping