Haduh!!! Dah tentu - tentu seorang sahabat Semut akan patah hati bila dia terbaca cerita ni. Mana tidaknya. Dia memang minat gila dengan Si Fara Fauzana ni.
Dengar pulak cerita pasal Si Fafau ni sedia hidup bermadu, lagi la boleh buat dia pecah kepala. Dengan siapa pulak Si Fafau ni bercinta?
Suami siapa pulak yang dah jatuh hati dengan dia ni? Takkan la dengan sahabat Semut tu ye tak. Sebab diorang berjumpa pun tak pernah. Hehehe...
Walau apa pun, sebenarnya Si Fafau ni hanya menceritakan kesediaan dia untuk menerima jodoh yang ditentukan Allah S.W.T. Waima jodoh dia tu suami orang dia sedia menerimanya.
Itu pun KALAU jodoh dia dengan suami orang la. Pun, kata Si Fafau ni, KALAU isteri pertama lelaki tersebut bagi kebenaran. Bukan la dia tengah sibuk bercinta dengan suami orang. Jadi, jangan la salah faham pulak ye!!!
PETALING JAYA: Jika kebanyakan wanita tidak terbuka untuk hidup bermadu tetapi tidak kepada penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana yang bersedia untuk berkongsi suami.Fara atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd Fadzil, 33, berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk hidup berpoligami sekiranya tidak mendapat halangan daripada bakal madunya itu."Benar, saya tidak kisah untuk hidup berpoligami. Tetapi dengan syarat, isteri lelaki itu yang perlu datang untuk pinang saya."Perkara itu menjadikan perkahwinan saya nanti tiada masalah kerana tidak ada unsur-unsur mahu berselindung," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada pelancaran program-program baru slot 9X TV9 di Marche, The Curve, di sini, pada Khamis.Tambah Fara, dia mengakui sedang berusaha mencari lelaki sesuai untuknya, namun pada masa sama dia tetap berhati-hati agar dapat memilih individu yang benar-benar bertanggung jawab.Fara yang pernah berlakon dalam filem Jin Notti itu berkata, walaupun masih tiada calon suami, dia telah membuat beberapa persiapan perkahwinan sebagai persediaan untuk menempuh alam itu."Bunyinya agak kelakar. Tetapi, memang saya dah buat persiapan perkahwinan lebih awal kerana saya seorang yang suka merancang dan membuat persediaan awal tidak kira apa-apa hal sekali pun."Silap-silap, saya pula yang meminang orang. Maklumlah, saya ada darah keturunan Minang tau," selorohnya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.