Rabu, Januari 23, 2013


PENGADU: Saya pemuda berusia awal 20-an dan masih belajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di utara tanah air. Saya menghadapi masalah dengan seorang pelajar asrama di tempat saya belajar.

Biarlah saya panggil dia A. Saya mengenali A sejak beberapa bulan lalu dan pada tanggapan saya dia seorang yang baik dan mempunyai perwatakan menarik. 

A juga menjadi kegilaan pelajar wanita kerana sifat dan rupa parasnya. Sifat A yang alim menambahkan lagi sahamnya sebagai pelajar lelaki pujaan kolej. Malah, A selalu menjadi imam di surau. 

Pada mulanya saya tiada masalah berkawan dengannya. Saya ikhlas berkawan dan gembira kerana mempunyai seorang rakan yang saya anggap boleh membimbing dalam selok belok agama.

Namun, A tidak seperti yang saya sangkakan. Di sebalik sifatnya yang kelihatan alim, A mempu­nyai satu tabiat yang saya tidak suka. 

Pada suatu malam berlaku satu kejadian. A datang tidur dan memeluk saya. Saya rimas dengan ke­adaan ini. Saya menceritakan perkara ini pada kawan lain dan rupanya mereka mengalami nasib sama. 

Saya takut penyakit A akan berjangkit dengan saya. Sejak kejadian itu, saya sudah tidak menaruh kepercayaan kepada orang yang berperwatakan ‘alim’ kerana di sebalik ciri-ciri itu, mereka ada perkara buruk yang dilakukan sama seperti A. 

JAWAPAN: Tingkah laku atau perbuatan A boleh menjadi ikutan jika adik memberi tindak balas positif dan merasa seronok atas perbuatannya. 

Sekiranya adik memberi rangsangan atau galakkan kepada A, ia boleh menjadi satu perbuatan lazim dan ditiru. 

Menurut teori behavioristik, belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat daripada wujudnya interaksi antara rangsangan dan tindak balas. 

Teori ini melihat input atau yang berupa rangsa­ngan dan keluaran (output) yang berupa tindak balas adalah penting dalam satu perubahan tingkah laku. 

Tindak balas negatif adik seperti menjauhi atau tidak memberi petunjuk positif apabila A memeluk adik adalah satu isyarat tidak mahu A mengulangi perbuatan buruknya itu. 

Jelasnya, adik ingin A memberhentikan tindakan itu terhadap adik dan pelajar lelaki lain. 

Seterusnya, penyakit A boleh ‘berjangkit’ kepada adik jika adik menjadikan A sebagai model tingkah laku. Teori pembelajaran sosial melihat satu pembelajaran boleh berlaku dengan memerhati individu lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah laku. 

Ps: Agaknya, Si A tu dah terikut - ikut perangai Si ketua Penipu tu kot. Tu pasal la dia suka sangat peluk - peluk lelaki ni. Nak 'test market' Pengadu adalah seorang pelajar dari Kedah. Meh baca cerita selanjutnya disini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping