Khamis, Januari 24, 2013


Hah!!! Ini satu lagi kisah yang pernah diceritakan oleh seorang pemimpin Barisan Nasional baru - baru ni. Waktu duduk bersantai sambil minum petang.

Pemimpin BN tu cerita pun bukan la sebab nak mengungkit bantuan yang diberikan kepada rakyat. Tapi sekadar untuk kita jadikan renungan.

Kisahnya mengenai seorang pemimpin dari kalangan puak - puak Pakatan tu yang merayu untuk mendapatkan bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional. 

Kalau dalam media, memang hebat sangat la pemimpin Pakatan ni. Macam - macam benda dia hentam Kerajaan Barisan Nasional ni. Semuanya tak betul belaka bagi dia.

Pemimpin Pakatan ni pulak bukan la orang sebarangan. Ada jawatan besar jugak dalam kalangan pemimpin Pakatan yang lain tu. Tu sebab dia kena tunjuk lagak.

Tapi, disebalik lagak dia yang ternyata angkuh dan riak tu sebenarnya ada jugak rahsia buruk yang tersembunyi. Dia datang jugak pada Kerajaan BN untuk dapatkan bantuan.

Pemimpin Pakatan tu ditanya, "Anak belajar mana sekarang?" Di UiTM kata dia. "Buat pinjaman PTPTN ke?" Tak, jawab dia lagi.

"Oh. Haji bayar sendiri la ye?" Tidak juga, jawab pemimpin Pakatan tu lagi. "Habis?" Mintak biasiswa MARA. "Biasiswa mana?" MARA, jawab pemimpin Pakatan tu secara berbisik.

"Kenapa mintak biasiswa MARA?" Jawapan yang diberikan oleh pemimpin Pakatan tu mudah. Dia kata MARA ni untuk Melayu. PTPTN ni untuk semua rakyat. Hah! Pulak dah!

Bukan ke selama ni puak - puak Pakatan Pembangkang tu kata Kerajaan BN ni tak membantu rakyat? Sekarang macam mana pulak?

Selama ni, dia jugak yang selalu tuduh yang Kerajaan BN ni selalu mengabaikan rakyat. Zalim dan sering menindas rakyat tanpa belas kasihan. Itu dah dakwaan dia.

Selama ni, diorang jugak yang tuduh Kerajaan BN ni tak mengutamakan orang Melayu dan sering meminggirkan mereka. Habis, MARA tu bukan untuk membantu Melayu ke?

Itu pun masih lagi diorang kata yang Kerajaan BN ni meminggirkan rakyat terutama dikalangan Melayu jugak ke? Masih lagi nak kata Kerajaan zalim dan sebagainya?

Nak menyebut MARA tu pun Si Pemimpin Pakatan ni segan sampai terpaksa berbisik - bisik. Punya la malu muka dia kalau nak sebut kuat - kuat.

Inilah sikap puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Diorang ni kalau bab mengutuk memang cukup pandai. Tak payah suruh pun, diorang tau apa nak buat.

Tapi rupanya, diorang jugak la yang dok mentekedarah mintak bantuan dari Kerajaan. Tambah memalukan bila Kerajaan bagi dengan tanpa banyak soal pulak tu. Tak malu ke dia? Ibarat orang ludah pada nasi. Bila lapar, dia makan jugak!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping