MAK, Mira tak nak kahwin lebih-lebih lagi dengan Mail tu. Tolonglah!” Amira menarik muka masam mengalahkan masamnya belimbing buluh.
“Kenapa tak nak? Mail tu kan kawan Mira sejak kecil lagi. Mail tu dah angau sangat dengan Mira.” “Eh, Cik Yat Yit Yok, lebih baik kau diam! Kalau tak, aku sental mulut tu dengan berus tembaga, baru kau tahu!”
Amira menjerit ke arah kakaknya yang bernama Norhayati. Dia tahu, gelaran Yat Yit Yok akan membakar kemarahan kakaknya. Biarkan, biar dia tahu bagaimana rasanya marah terbakar.
“Mira, kenapa cakap macam tu dengan kakak? Dahlah jarang-jarang jumpa, balik sekali-sekala pun nak marahmarah ke?”
“Mana tak marah? Kenapa dia menipu, kata mak sakit teruk dan suruh Mira balik dengan segera?” “Takkan suruh balik tengok mak pun marah-marah. Bila dok kat Kuala Lumpur tu, dah tak ingat mak yang tua kat kampung ni?” Mak Milah menegur sikap Amira yang cepat sangat naik darah.
“Bukan tu maksud Mira, tapi cara dia bercerita dalam telefon tu, macamlah mak ni dah kritikal sangat.” “Alah, mak yang suruh dia buat macam tu.” Selamba saja Mak Milah memberi jawapan.
“Mak!” Terbakar seluruh dada Amira, dan dia tak mampu bercakap lagi. “Kenapa, salah?” Mak Milah bertanya balik.
“Memanglah salah, mak buat hati Mira ni gundah-gulana, susah hati dan macam-macam perkara yang menakutkan terfikir kat kepala Mira ni. Pulak tu Cik Yat Yit Yok called, dan cakap macam tu. Tak boleh ke mak buat alasan lain?” Nak saja Amira meninggikan suara, tapi takut dosa pula.
“Kau rasa, bila mak cakap elok-elok yang kau nak ditunangkan dengan Mail tu, nak ke kau balik?”
Terkedu Amira tanpa jawapan. Memang sumpah dia tak akan balik. Dia tak nak bertunang dengan Mail anak tuk ketua kampung tu. Bukannya handsome pun, serabai dan selekeh saja. Duit banyak, tapi tak reti nak berhias.
“Mak, batalkan saja niat mak tu!” Amira meminta sungguh-sungguh.
“Kenapa?” Mak Milah buat-buat bodoh. “Mira tak sukakan Mail tu, takkanlah mak nak suruh Mira kahwin dengan Mail bendul tu?” Terbayang di ruang mata Amira gelagat Mail yang bendul sewaktu berada di tingkatan lima dahulu. Ikut saja apa orang cakap, selalu saja senyum dan tersengih. Kadang-kadang pakai seluar sampai ke dada.
Skema giler. Mana dia pergi situlah Mail mengikutnya. Mak, aku tak nak kahwin! “Alah, mula-mula kahwin memanglah tak suka. Dah lama-lama nanti, suka dan cintalah.” Mak Milah masih mempertahankan pendapatnya.
“Mira tak boleh kahwin dengan Mail. Tak boleh, tak boleh, tak boleh... mak tahu tak?” “Bagi alasan kat mak, kenapa? Atau kau dah ada teman lelaki? Kalau kau dah ada boyfriend, hah... tunjukkan kat mak ni, sebelum rombongan peminangan tuk ketua tiba.”
Serabut kepala Amira dengan pertanyaan Mak Milah. Boyfriend? Selama hidup aku, mana aku ada boyfriend? Kawan-kawan biasa adalah. Tambah-tambah kat KL, bukan senang nak cari boyfriend yang boleh dipercayai. ‘Boya pren’ ramailah! - bersambung...
Ps: Sambil - sambil korang tunggu sambungan cerita ni, baca la artikel ni dulu. Klik kat sini ek...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.