Hahaha... Termenung Si Ketua Penipu tu kena 'Sailang'!!! |
Wau!!! Menarik ni. Sebelum ni, kita ingatkan Si Shuhaimi tu sorang je yang berani 'Sailang' sama Si Ketua Penipu tu. (Klik sini) Tapi rupanya ada lagi yang berani.
Kira ada telur jugak la diorang ni sebab berani 'Sailang' Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan. Diorang tu semua takut kena 'Liwat' dek Si Ketua Penipu tu kot.
Tapi ini 'Sailang' lain macam bro. Ini 'Sailang' boleh bikin Si Ketua Penipu tu pecah Kepala wo!!! Bertambah pening la kepala dia nanti. Sebab kali ni bukan sorang. Tapi 200!!!
Semut ulang, 200 orang sudah 'Sailang' sama Si Ketua Penipu tu. Bukan kecik - kecik anak. Diorang ni semuanya dah menyampah dengan Si Ketua Penipu tu.
Mana tidaknya. Dah hari - hari kena kencing je, siapa yang tak menyampah. Bau hancing hari - hari, siapa yang tahan bro. Itu pasal la diorang sudah 'Sailang' sama ini Ketua Penipu. Sekarang, Baru La Padan dengan Muka Dia!!!
NIBONG TEBAL - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang menerima tamparan hebat berikutan lebih 200 ahlinya di tiga ranting di negeri ini keluar parti dan menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) semalam.
Ahli-ahli terbabit merupakan ahli Ranting PKR Bukit Tambun, Kampung Valdor dan Taman Merak yang bertindak keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.Pengerusi PKR Ranting Kampung Valdor, V. Sritharan berkata, ahli-ahli di kawasan itu hilang kepercayaan kerana pemimpin PKR memandang remeh permintaan mereka termasuk permohonan mengadakan sambutan perayaan Deepavali baru-baru ini."Mereka memberikan alasan tidak dapat berjumpa dengan wakil rakyat dan seolah-olah tidak mahu melayan kami.
"Kebanyakan ahli berasa dipinggirkan pemimpin kanan walaupun sebelum ini mereka mendakwa akan memberi perhatian kepada permasalahan kami," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan berkata, lebih ramai ahli PKR akan menyertai parti itu dalam tempoh terdekat."Saya mengalu-alukan penyertaan mereka sebagai ahli PCM kerana parti ini terbuka kepada sesiapa sahaja," katanya ketika dihubungi di sini.
Ps: Hahaha!!! Kena 'sailang' pun bukan dengan orang lain. Tapi dengan puak - puak dia jugak. Apa la malang sangat nasib Si Ketua penipu tu ye?
Mungkin cerita ni cerita lama. Tapi disebabkan puak - puak Pakatan tu sibuk sangat nak buat Himpunan Shamshidar, jadi kita diamkan aje la cerita ni. Hari ni baru kita bukak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.