Haduyai!!! Apa la malang dapat wakil rakyat macam mee segera ni ye. Dah la rupa tak seberapa, rasa pun entah apa - apa. Sekadar jadi pengalas perut je la.
Sebelum ni kita dah cerita pasal insiden yang dibuat oleh Si Nurul Izzah tu. Nah! Klik sini dulu kalau korang nak tau cerita. Lepas tu, klik kat sini pulak.
SH ingatkan, dah habis la cerita yang TER...sangat la memalukan Si Nurul Izzah tu. Rupanya tidak. Ada lagi insiden yang memalukan buat Anak Emas Kesayangan Si Ketua Penipu tu.
Baru - baru ni, dengar cerita ada berlaku kebakaran di salah sebuah rumah pangsa dalam kawasan Lembah Pantai tu. Perkara tersebut mendapat perhatian Raja Nong Chik.
Maka, dengan pantas Raja Nong Chik pun menghantar wakil dia untuk memantau keadaan dan mengambil maklumat mengenai mangsa yang terlibat. Begini ceritanya:
Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B, PPR Kerinci. Peg saya hadir utk dpt butiran mangsa. Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik dan tahu pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?Bila dapat tahu Dato’ Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun tak nak kalah, hantar juga wakil dia…"Kebakaran kecil Blok D PPR Kerinchi (bhg dapur).Wakil Nurul Izzah (@n_izzah) hadir melihat kerosakanMalangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak sedar, wakil pergi tempat salah!!!
Hah!!! Dah tersalah blok pulak dah Si Nurul Izzah ni rupanya!!! Orang kata Blok B, bukan Blok D. Apa la kebengap sangat Si Nurul Izzah ni ye?
Benda macam itu pun dia tak tau jugak ke? Macam mana dia jadi wakil rakyat kalau itu pun dia tak tau? Buat malu je dengan rakyat kalau macam tu.
Yang SH tengah bayangkan sekarang ni, apa reaksi wakil Si Nurul Izzah tu bila dia sampai kat Blok D tu ye? Dah la kebakaran tak de. Mesti dia pun terpingga - pingga.
Apa pulak penjelasan yang dia bagi kat Nurul Izzah tu bila dia balik ke pejabat? Takkan la dia nak kata tak de kebakaran yang berlaku ye tak. Gerenti malu muka beb!!!
Inilah masalahnya dengan pemimpin - pemimpin Pakatan Pembangkang ni. Orang dah bagi amanah, diorang tak reti nak jaga. Buat kerja pun setakat sambil lewa je.
Lepas tu menipu rakyat. Tak le kerja lain yang diorang mampu buat. Pemimpin macam ni, layak dihumban ke dalam longkang je. Kalau jadi wakil rakyat pun buat semak. Menyusahkan orang je kerjanya!!!
DIA KAN SIBUK MEMBELA PAPANYA HINGGA YAKDE MASA NAK LIHAT KAWASAN
BalasPadam