Isnin, Februari 11, 2013


SH setuju sangat dengan apa yang dijelaskan oleh sahabat SH, Si Darul Ehsan Today hari ini. Apa yang dia jelaskan memang hakikat sebenar.

Soalnya sekarang bukan masalah Datuk Dr. Haron Din yang datang jumpa Si Ketua Penipu tu. Tapi Si Ketua Penipu tu yang berjumpa dengan Haron Din.

Seperti apa yang dijelaskan oleh Datuk Dr. Haron Din, ianya perkara biasa. Memang orang dah biasa datang jumpa dia dan mintak nasihat.

Perkara ini sama jugak la dengan Si Ketua Penipu tu. Dia yang datang berjumpa dengan Haron Din untuk dapatkan nasihat. Bukan sebaliknya.

Spekulasinya, tujuan asal Si Ketua Penipu tu datang berjumpa ialah untuk memujuk Haron Din supaya tutup mulut dan tidak membicarakan mengenai isu kalimah Allah.

Itu spekulasinya. Tapi, Haron Din dah cakap awal - awal lagi. Siapa yang menyokong bukan Islam menggunakan kalimah tersebut dianggap sebagai kufur.

Mungkin itu sebab la Si Ketua Penipu tu datang jumpa dengan Haron Din. Lagi pun, Si Ketua penipu tu memang patut sangat diberikan nasihat. Dah besar kepala sangat nak menggadaikan Islam. Jadi, memang patut sangat la dia kena tenyeh!!!
KUALA LUMPUR: Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengesahkan wujud pertemuan antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini namun menafikan ia membincang kesesuaian Ketua Umum PKR itu dilantik perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Dr Haron menyifatkan pertemuan itu sebagai perjumpaan biasa antara dua individu dan menegaskan tidak ada perkara kepartian yang dibincang.

Beliau turut melahirkan kekesalan apabila ada pihak yang menjadikan pertemuan dengan Anwar sebagai modal politik sambil menambah turut bertemu ramai orang setiap hari bagi mendapatan nasihat.

"Pertemuan (dengan Anwar) saya tidak fikir itu yang menjadi isu, saya berjumpa dengan semua orang...'nature' hidup saya orang datang minta nasihat dan pertolongan.

"Pada Selasa lalu, ada 200 orang jumpa saya tanpa mengira latar belakang politik. Pertemuan dengan saya tidak sepatutya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau dalam Umno kami masih berkawan...dia datang rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.

"Pertemuan dengan saya adalah sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu (dengan Anwar) sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan," katanya kepada Antarapos. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping