Sabtu, Februari 23, 2013


Huh! Nampak gayanya, hari demi hari masyarakat dunia pun dah sedar bahawa Si Ketua Penipu tu memang sorang Penipu Besar. Mungkin sebab itulah perkara ni berlaku.

Selama hari ini, Si Ketua Penipu serta puak - puak Pakatan Haramjadah tu berulang kali keluar Negara dan memburuk - burukkan Malaysia secara terang - terangan.

Hasrat dan tujuan mereka adalah untuk menjahanamkan Negara. Tapi sekarang, rakyat dunia pun dah tau perangai sebenar Si Ketua Penipu tu. 

Tambah malang buat dia, mereka kini lebih yakin dengan Kerajaan Barisan Nasional. Jadi, boleh la Si Ketua Penipu tu dengan puak - puak kedarak dia kemas - kemaskan beg pakaian masing - masing. Berambus keluar dari Negara ni lagi baik!!!
Sekumpulan pemikir majalah antarabangsa The Economist meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jangkaan kemenangan itu adalah berdasarkan rekod BN yang cemerlang, agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kejayaan kepimpinan beliau selepas 2008.

Kumpulan pemikir majalah itu, Economist Intelligence Unit (EIU) yang sering menjalankan analisis terhadap kebanyakan negara dan aspek industri menjelaskan baru-baru ini, sifat BN yang menepati segala janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum Ke-12 juga menjadi antara faktor yang akan membawa kemenangan kepada parti itu nanti.

Menerusi laporan itu yang dipetik oleh laman blog www.thechoice.my, EIU menyatakan bahawa pakatan pembangkang di negara ini kerap membuat janji yang terlalu berkos tinggi bagi mendapatkan kuasa dan ia adalah penghalang bagi mereka untuk menang dalam pilihan raya umum nanti.

"Kumpulan pemikir itu berkata, tidak mudah bagi pakatan pembangkang untuk melaksanakan semua janji yang lepas.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan tinggi percuma memakan belanja RM43 bilion kepada kerajaan sementara menghapuskan duti kenderaan akan mengurangkan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun kepada negara," kata blog berkenaan.

Menurut blog thechoice lagi, laporan EIU itu juga menyebut bahawa pakatan pembangkang telah memungkiri banyak janji yang dibuat sebelum ini termasuk menyediakan bantuan kewangan kepada pendidikan pra sekolah, pelajar universiti, warga emas dan orang kurang upaya selain menurunkan cukai hartanah dan bantuan bagi rakyat membeli rumah.

Berdasarkan laporan itu juga, blog itu memberitahu, walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menegaskan manifesto bukan satu janji kepada rakyat, tetapi rakyat akan tetap menganggap apa yang disenaraikan pembangkang itu sebagai janji yang perlu ditunaikan oleh kerajaan memerintah. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping