Isnin, Mac 25, 2013


BAGI mengukuhkan kedudukan beliau sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-7, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan upacara sumpah laknat. 

Khabarnya pada Jumaat minggu pertama bulan hadapan di Masjid Negara, Kuala Lumpur bagi menafikan  fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.

Walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membersihkan namanya dari dakwaan ini dengan membebaskan beliau pada Januari tahun lepas, tapi keyakinan segelintir pengundi Melayu/Islam terhadap kesucian beliau dari dakwaan ini masih terhalang berikutan kegagalan mengadakan upacara sumpah laknat ini.

Sedangkan ‘mangsa’ dalam kes liwat itu telah mengadakan upacara sama pada 15 Ogos 2008, jauh lebih awal dari keputusan Mahkamah pun.

Sumpah laknat atau dipanggil dalam bahasa Arab sebagai sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian.

Walaupun begitu, perlu juga diakui bahawa amalan seumpama itu masih mempunyai kesan di kalangan segelintir orang Islam yang telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman berzaman lagi.

Selain orang Melayu, orang Hindu juga percaya dengan sumpah laknat ini, dilihat dari tindakan mendiang P Balasubramaniam bersumpah di atas kitab suci Hindu, Bhagavad Gita bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memang terlibat dalam konspirasi pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shaariibu.

Sementara di kalangan orang cina yang lebih matang pemikirannya, perkara-perkara karut seumpama ini kurang memberi kesan atau tidak keterlaluan kalau laman ini katakan, tidak ada kesan langsung!!

Maka itu setelah mengambil kira semua faktor di atas, Anwar telah bersetuju untuk mengadakan upacara sumpah laknat tersebut bagi memastikan keyakinan bukan sahaja orang Islam, malah orang Hindu juga terhadap kredebiliti beliau sebagai bakal Perdana Menteri negara ini bertambah.

Maklumat lain yang kami terima turut menyebut bahawa upacara sumpah laknat itu juga nanti bakal dihadiri oleh nama-nama besar dalam dunia Islam seperti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan beberapa tokoh Islam lain dari luar negara yang akan bertindak sebagai saksi. - SuaraPakatanRakyat

Ps: Huh! Kita tengok la sejauh mana Si Ketua Penipu tu sanggup nak teruskan niat dia untuk membuktikan bahawa dia tak bersalah.

Tapi, apa nak heran ye tak. Kalau dah jenis manusia yang Gila Kuasa macam Si Ketua Penipu tu, buat apa pun dia sanggup. 

Waima suruh dia berbogel tengah jalan pun dia buat. Setakat makan dek laknat, apa la sangat!!! Yang penting, dia boleh jadi Perdana Menteri. Itu je tujuan dia pun!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. Menafikan fitnah umno bahawa beliau meliwat saiful secara paksa....

    BalasPadam
  2. nak buat cerpen: "tup tup masa bersumpah tu.. tiba-tiba berlaku guruh berdentum, kilat barat, hujan lebat dan petir pun memanah...aduh ramainya nanti...
    semuanya dengan izin Allah.. mana kita tahu kannnnn...
    atau kalau dia tidak terlafaz mungkin dia berkata "ini semua salah UMNO" hehehehe.."

    Apa pun semuanya Allah jua yang mengetahui.. dan PadaNya jua kita berserah..

    BalasPadam
  3. Sumpah Laknat menafikan dia meliwat Saiful secara paksa?? Apa ni?? Sepatutnya sumpah laknat menafikan dia meliwat Saiful. (fullstop!)

    So smart!

    BalasPadam
  4. Sumpah laknat menafikan dia meliwat Saiful secara paksa?? Sepatutnya sumpah laknat menafikan dia meliwat Saiful. (Fullstop!)

    So smart..

    BalasPadam
  5. anwar ibrahimlah manusia yang paling tak bermaruah dan muka tebal. Memang keturunan syaitan betul dia ni..

    BalasPadam
  6. Salam perjuangan...mohon pautkan blog say disini

    http://perakrawk.blogspot.com/

    Saya teah pautkan blog tuan disini

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping