Sabtu, Mac 09, 2013


Halamak ai!!! Apa cerita ni? Takkan la Si Kak Wan Omega tu terlalu takut sampai terpaksa ambik tindakan yang drastik macam ni kot?

Dek kerana takut Kebenaran didedahkan sampai sanggup dia ancam keselamatan nyawa Si Penulis Surat Cinta yang juga merangkap SetPol kepada Si Mak Lampir tu ye.

Apa pasal pulak yang dia terketar - ketar lutut sangat tu? Kenapa pulak dia nak menggelabah tak tentu arah? Apa yang membuatkan dia tak terkeruan?

Persoalan tu semua perlu dijawab dan dijelaskan oleh Si Kak Wan Omega kepada rakyat. Dia sendiri perlu tampil bagi menjawab dakwaan yang dibuat oleh Setpol Si Mak Lampir tu. Takkan dia nak diamkan diri pulak!!!
Mohd Fareez Kamal Intidzam, penulis surat rahsia tentang perilaku pelik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang tadi membuat laporan polis kerana bimbang berkenaan ancaman keselamatan oleh pengikut-pengikut Presiden PKR terhadapnya dan keluarganya setelah tersebarnya surat kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Isnin lalu.
Sambil mengakui dia merupakan penulis surat tersebut, Fareez berkata dia tahu ancaman keselamatan terhadap dirinya datang daripada pengikut setia Wan Azizah.
“Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR,” katanya kepada Buletin Utama, TV3 malam ini.
Fareez turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu kepadanya kerana dia rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam surat itu, Fareez turut mendakwa dia telah dilantik oleh Anwar sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak dari tahun 2008.
Sebelum ini, Fareez, 24 tahun adalah Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Membaca lanjut kandungan surat itu, sila klik di sini.
Ps: Kalau setakat tau nak berdiam diri je, memang patut sangat la Si Kak Omega tu letak jawatan sebagai Presiden. 

Buat malu je kalau dia enggan jawab persoalan yang dibangkitkan. Mana tidaknya. Macam mana dia nak jadi pemimpin sedangkan maruah dia sendiri pun tak mampu dia nak jaga. Inikan pulak nak jaga maruah Negara!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kenapalah bapak, emak dan anak perangai macam DAJAL atau mereka ini benar-benar DAJAL yang telah diturunkan ke muka bumi ini?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping