Jumaat, Mac 29, 2013

Ini Kebebasan Media Kepala Hotak Dia!!!

Hanya itu sahaja ayat yang paling 'elok' yang boleh kita luahkan kepada puak - puak Pakatan Haramjadah tu bila kita cerita pasal Kebebasan Media.

Selama ini diorang sering melaung - laungkan slogan 'Kebebasan Media' untuk menarik perhatian rakyat. Diorang tuduh media di Malaysia ni sering kali ditindas dan sebagainya.

Tapi kalau dilihat secara realitinya, siapa yang menindas Kebebasan Media di Malaysia ni sebenarnya jika bukan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri?

Selama hari ini, bukan ke diorang jugak yang menyekat pihak media untuk menghadiri majlis - majlis anjuran mereka di seluruh Negara?

Perkara tersebut banyak kali diluahkan oleh sahabat - sahabat media yang SH temui. Terutama sekali yang berada di Pahang dan Kuala Lumpur.

Mereka sering mengadu kata diorang banyak kali dihina depan orang ramai setiap kali menghadiri sidang media anjuran Pakatan Pembangkang.

Bahkan, ada jugak diantara mereka yang diserang secara terang - terangan dengan pebagai jenis ugutan. Sampai ada yang 'ikut' ke mana saja diorang pergi.

Kalau dipentas ceramah, tak berhenti - henti mulut diorang menghentam dan mengecam media arus perdana dengan pelbagai jenis tuduhan serta caci cerca.

Ada yang kata pihak media ni 'Pencacai'. Ada yang tuduh kata pihak media ni 'Anjing Kerajaan'. Dan ada jugak yang tuduh wartawan ni sebagai 'Pelacur'.

Itu semua bukti bahawa puak - puak Pakatan Haramjadah tu jugak yang melacuri Kebebasan Media didalam Malaysia. Diorang buat secara terang - terangan pulak tu.

Tak cukup dengan itu, kita jugak pasti masih ingat bagaimana Rejim Pakatan mengharamkan kehadiran media arus Perdana dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Bukankah itu bukti kukuh bahawa mereka sering menutup pintu kepada pihak media untuk membuat liputan? Adakah itu yang dinamakan Kebebasan Media?

Jika kita lihat perkembangan terkini, siapa yang paling banyak menyaman pihak media kalau bukan puak - puak Pakatan Pembangkang tu sendiri?

Pantang kalau ada orang buat cerita pasal diorang, terus ambik tindakan saman. Tapi kalau diorang buat terhadap pemimpin Kerajaan, boleh pulak?

Orang yang buat cerita pasal diorang semua ada bukti. Siap ada gambar dan sebagainya. Sebaliknya, diorang buat cerita, main pakai sebut je. Bukan ada bukti pun.

Pernah pemimpin Kerajaan ambik tindakan? Kalau ada pun sekali je. Lepas tu yang lain semua buat dek je. Pun diorang masih kata media di Malaysia ni tak bebas?

Jelas, puak - puak Pakatan Haramjadah ni hanya pandai bercakap je mengenai Kebebasan Media. Tapi, bila suruh laksanakan apa yang diorang cakap, banyak pulak alasan yang diberi. Dah dasar Penipu Rakyat. Nak buat macam mana. Memang itu je kerja diorang pun!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping