Jumaat, Mac 29, 2013


Huh! Nampak gayanya, semakin goyang la Bang Min dan puak - puak dia nak menjatuhkan Kak Wan Omega sebab Kak Wan nak bertanding di Selangor.

Maka berkecai la cita - cita Bang Min nak menggantikan Khalid Gagap sebagai MB nanti. Habis la perancangan dia selama hari ini.

Kalau sebelum ini, Bang Min katanya dah mengatur gerak langkah untuk memburuk - burukkan Kak Wan Omega dengan mengerahkan anak buah dia.

Macam - macam cerita yang diorang buat termasuk la mencipta surat yang ditujukan kepada Si Hadi Awang sebelum ini oleh Setiausaha Politik Si Mak lampir tu.

Ini bukan SH saja buat cerita ye. Ini orang PKR sendiri yang dedahkan kepada pihak media sebelum ni dengan mengaitkan Bang Min secara tak lansung. (Klik Sini)

Kita perlu ingat. Kak Wan Omega tu memang niat nak jadi wanita pertama memegang jawatan sebagai seorang Menteri Besar. Kira dia nak jugak pegang rekod.

Tapi, tak cukup dengan itu sahaja. Ada jugak spekulasi yang kita dengar bahawa kesudian Kak Wan Omega nak bertanding di Selangor tu demi menyelamatkan Khalid Gagap.

Yang tu kita pun sedia maklum. Si Khalid Gagap dan SetPol 'Blur' dia tu memang proksi Kak Wan Omega di Selangor. Jadi, mungkin jugak Kak Wan ada niat nak selamatkan diorang.

Inilah masalahnya dengan puak - puak Parti Kencing Rakyat ni. Diorang ni dok sibuk nak berebut kuasa sesama diorang je. Semuanya demi kepentingan diri sendiri. Bukannya diorang buat untuk menjaga kebajikan rakyat!!!
Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan beliau akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Bagaimanapun, pucuk pimpinan parti belum memutuskan kawasan bagi beliau bertanding.

Dr Wan Azizah berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah untuk bertanding di Dun Selangor tetapi masih belum membuat keputusan kawasan yang sesuai.

“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.

“Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama Presiden PKR ini turut memaklumkan perkara ini pernah dibincangkan sebelum ini tetapi secara tidak formal.

“Dun mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana,” katanya.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping