Ha... dah kena sailang hidup - hidup. Itu lah akibat kerana keBIADAPan Si Tian Chuak tu. Disebabkan mulut dia celupar, tak pasal - pasal je kena sailang.
Tapi, heran jugak dengan Si Khalid Gagap ni. Masa dia sindir Si Tian Chuak tu, lancar pulak dia bercakap. Tak de pulak tersangkut - sangkut.
Dan yang paling kita pelik ialah keberanian Si Khalid Gagap tu melanggar amanat yang dikeluarkan oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini.
Kalau ikut kata Si Ketua Penipu tu, tindakan pihak Kerajaan dan juga anggota keselamatan tu tak gagal untuk mengatasi konflik di Lahad Datu.
Nampak sangat yang Si Ketua Penipu tu tak menyokong sebarang usaha yang diambil oleh pihak Kerajaan untuk menamatkan kemelut yang sedang berlaku sekarang ni.
Tapi, kalau kita baca pulak kenyataan Si Khalid Gagap ni, dia jelas menyokong sepenuhnya tindakan Kerajaan. Dia sendiri bagi kepercayaan penuh terhadap tindakan tersebut.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini cuba menjarakkan diri daripada dakwaan pimpinan PKR kononnya insiden pencerobohan oleh pengganas di Lahad Datu yang mengorbankan nyawa anggota polis Malaysia adalah konspirasi Umno Barisan Nasional.Beliau menegaskan kerajaan negeri menyokong penuh tindakan pasukan keselamatan terhadap penceroboh Filipina di Kampung Tanduo Lahad Datu semalam. Khalid meminta semua pihak memberikan penghormatan dan kepercayaan kepada usaha anggota-anggota tentera dan polis di dalam mempertahankan negara.“Saya tidak tergambar bahawa pemimpin PKR akan menyatakan kenyataan tersebut. Tanggungjawab kerajaan negeri ialah kita merasa adalah satu tanggungjawab yang penting bagi kita untuk memberikan kehormatan dan kepercayaan kepada usaha institusi kita seperti polis dan tentera untuk pertahankan negara.Khalid merujuk kepada laporan akhbar Suara Keadilan baru-baru ini memetik Naib Presiden Tian Chua sebagai mempertikaikan ‘ketulenan’ pencerobohan hampir 200 warga Sulu itu.Ahli Parlimen Batu mendakwa pencerobohan berdarah itu adalah konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat selain menimbulkan banyak persoalan dan keraguan.Dalam sidang media hari ini Khalid tidak membidas Tian secara terus terang namun menegaskan keperluan untuk berdiri teguh di sebalik usaha mempertahankan kedaulatan negara.“Kerajaan negeri menyokong penuh tindakan yang diambil oleh pasukan keselamatan negara dan mendoakan konflik ini diselesaikan dengan segera dan kita mendoakan semoga pasukan keselamatan kita pulang dengan selamat,” katanya.
Nah!!! Tak pasal - pasal je Si Ketua Penipu dan Si Tian Chuak tu kena tenyeh dek Si Khalid Gagap ni secara terang - terangan. Dah diorang kena bogel depan orang ramai. Malu beb, malu. Tapi, Si Tian Chuak dengan Si Ketua Penipu tu mana ada kemaluan!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.