Sebelum ini SH dah jelaskan secara terang dan nyata bahawa Si Ketua Penipu tu boleh cakap apa saja yang dia nak untuk menutup kesalahan diri dia sendiri.
Dia memang jelas berada dalam keadaan panas buat ketika ini kerana pendedahan yang dibuat oleh pihak risikan Filipina. Tu pasal dia cari helah untuk melarikan diri.
Hari ini, Si Ketua Penipu tu kata yang pihak Kerajaan gagal untuk menangani isu konflik pencerobohan puak Sulu yang berlaku di Lahad Datu.
PETALING JAYA - Kerajaan gagal menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan baik kerana mengambil masa yang lama iaitu 23 hari sehingga lapan anggota keselamatan terkorban, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Beliau berkata, keadaan itu menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan yang ada hari ini."Ini bukan kegagalan di pihak polis atau ATM tetapi kepimpinanan. Berlaku kelemahan dalam memberi arahan daripada pihak atasan. Kenapa kerajaan perlu menunggu sehingga 23 hari baru mengambil tindakan sedangkan kedaulatan telah digugat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.Anwar turut menjadikan tragedi di Sauk sebagai contoh di mana insiden itu hanya mengambil masa empat hari diselesaikan.Ketua Pembangkang itu juga mendesak kerajaan mengadakan persidangan Parlimen tergempar bagi membincangan isu tersebut dan mendapatkan penjelasan sepenuhnya tentang krisis itu.Malah katanya penyelesaian secara politik itu perlu diambil untuk jangka panjang bagi memulihkan keadaan di Sabah.
Sekarang ni, sehingga artikel ini ditulis oleh SH, Operasi Daulat masih lagi giat dijalankan atas tindak balas pihak Kerajaan. Pihak keselamatan Negara bertungkus lumus buat kerja.
Yang Si Ketua Penipu tu pulak buat apa? Setakat buat sidang media lepas sidang media untuk menafikan penglibatan dia dalam isu tersebut je.
Ada dia sendiri ambik tindakan untuk membantu menyelesaikan konflik yang berlaku? Tak de jugak. Setakat duduk atas kerusi sambil mengkritik itu ini je kerja dia.
Dia dok sibuk nak saman orang itu ini. Sibuk bagi amaran kepada pihak wartawan untuk tidak mengulangi soalan kenapa dia tak saman Reuters dan Manila Times.
Tak habis - habis dia dok desak supaya diadakan Sidang Khas Parlimen untuk mendengar penjelasan mengenai isu yang berlaku.
Itu je ke sumbangan yang dia mampu buat? Itu ke caranya untuk menyelesaikan konflik yang sedang dan masih berlaku di Lahad Datu? Kalau bercakap, isu boleh selesai ke?
Kalau buat ugutan terhadap wartawan dengan slogan "U ulang, I saman U" boleh selesaikan masalah, tak payah la Kerajaan susah payah hantar 7 batalion ke Sabah. Setakat duduk atas kerusi je, semua boleh selesai!!! - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.