Jumaat, Mac 15, 2013


Hah!!! Sekarang sudah jelas bahawa Si Ketua Penipu tu memang seorang 'Anti Kebenaran' sebab dia memang 'sakit telinga' mendengar orang bercakap benar.

Kalau ramai sangat orang disekeliling dia bercakap benar, mungkin Si Ketua Penipu tu akan kena 'sakit otak'. Setakat hari ni, dia hanya disahkan mengidap penyakit 'jiwa'.

Sekarang meh kita cabar Si Ketua Penipu tu. Berani tak dia nak saman mamat yang bagi keterangan dibawah ni? Berani tak dia nak ambik tindakan?

Kalau apa yang mamat kat bawah ni cakap adalah tidak benar, ambik la tindakan. Saman la mamat tu berjuta - juta ringgit. Jangan diam pulak. 

Bukan ke Si Ketua Penipu tu kata sebelum ni, 'U ulang, I saman U pulak'? Sekarang, saman la!!! Tunggu apa lagi? SH yakin. Mamat kat bawah ni akan ulang - ulang kenyataan yang dia buat. Jadi, bila Si Ketua Penipu tu nak ugut dia pulak!!! Hahaha...
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila pembantu kepada salah seorang peguam bela utamanya dalam kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan menarik diri daripada pasukan berkenaan. 
Yuktes Vijay, 25, turut mendedahkan beberapa 'cerita dalaman' berhubung kes berkenaan menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di AIDC (http://www.anwaraidc.com) dan MyNewsHub. 
Yuktes sewaktu dalam pasukan peguam bela Anwar merupakan pembantu kepada peguam, Sankara Nair dan banyak membuat kerja-kerja penyelidikan berhubung kes tersebut. 
Beliau turut mencabar Anwar menyamannya ekoran pendedahan melalui surat-surat itu. 
Beliau turut menimbulkan persoalan kenapa Anwar tidak memberikan keterangan secara bersumpah sedangkan Ketua Pembangkang itu mendakwa tidak diberikan perbicaraan yang adil. 
Yuktes berkata: "Apa yang benar, Anwar tidak ada keberanian untuk memberikan keterangan di mahkamah." 
Beliau turut mencabar ahli-ahli pembangkang yang meragui tindakan Anwar supaya bertanya sendiri kepada pemimpin pembangkang terbabit bagi mendapatkan pengesahan. 
Antara persoalan itu ialah kenapa Mohd. Saiful diberikan layanan istimewa seperti diberi bilik sendiri dan mengikuti Anwar ke luar negara sedangkan dia adalah kakitangan baharu? 
Mengenai Mohd. Saiful, Yuktes memberitahu, pihak pendakwaan mengemukakan bukti bahawa adanya asid deoksiribonukleik (DNA) Anwar di dalam dubur Mohd. Saiful namun disebabkan putusnya rantaian keterangan (break in the chain of evidence), maka ia adalah bukti yang lemah. 
Dalam pada itu, Yuktes ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak gentar untuk disaman Anwar, malah mempelawa Ketua Pembangkang itu menyamannya ekoran surat-surat terbuka terbabit.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Mana nuar tu berani saman sekiranya perkara ini akan menyebabkan banyak rahsia lagi akan terbongkar di Mahkamah..sama saperti pendedahan yang dilakukan oleh bekas rakannya saperti Ezam serta adik kepada asmin ...

    BalasPadam
  2. U ULANG I SAMAN U,

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping