Selasa, Mac 19, 2013


Kesian Puteri Jacel, mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram itu tidak sah.

Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook itu telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia.

Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan "pajakan kekal" tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.

Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British".

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan".

Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.

Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termeterai di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya dibawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya.

Ps: Kesian, kesian. Dah la miskin, ada hati pulak nak memperbodohkan orang lain kononnya. Akhirnya, dia sendiri membodohkan diri dia!!!

Lebih kurang sama jugak la dengan Si Ostazah Pening dan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang tu ingat rakyat Malaysia ni bodoh belaka. Tapi diorang tak sedar yang diorang tu lagi bodoh dari orang lain!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping