Selasa, Mac 19, 2013


Huh! Sikit punya lama SH tunggu agar Si Tian Chuak ni dikenakan tindakan kerana keceluparan mulut dia yang tak ada insuran tu.

Kalau boleh, saman dia beratus - ratus juta. Nak sangat buat dakwaan terhadap orang lain kan. Bercakap pun main sedap kepala lutut dia je. Sekarang, Baru la Padan Muka dia!!!

Umno akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua setelah gagal memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya dalam KeadilanDaily.com.

Dalam kenyataan media, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tindakan undang-undang terhadap Tian Chua diteruskan setelah tempoh yang diberikan untuknya berbuat demikian tamat.

Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu, yang dilapor dalam KeadilanDaily.com pada 1 Mac lalu, mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk alih perhatian dan takutkan rakyat.

Sebelum itu, Umno melalui peguamnya telah menghantar notis kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula 4 Mac lalu untuk memohon maaf, menarik balik dan berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu tersebut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping