Selasa, Mac 19, 2013


Aik? Apa pasal pulak Minah Kahak Hijau tu pegang logo DAPigs lain macam je? Tak pasal - pasal je lambang Roket tu dah jadi bengkok, kenapa?

Dah tersampuk dek 'keBENGKOKkan' Si Ketua Penipu tu jugak ke? Kalau Si Ketua Penipu tu kita tau la dia memang ada 'Anu' yang Bengkok.

Tapi, Si Wong Tak ni lain pulak. Yang penyokong dia pegang tu logo baru parti yang Si Wong Tak ni bakal bertanding nanti. Nama parti tu Parti 'U-Turn'.

Rasanya, parti tu memang sesuai la untuk Si Wong Tak ni memandangkan dia seorang yang cukup pakar dalam membuat kenyataan sedemikian.

Sebelum ini, semua orang dah tau mengenai ugutan yang dibuat oleh Si Wong Tak terhadap kilang memproses nadir bumi di Gebeng tu kan.

Dia dengan nada angkuhnya menyatakan bahawa kilang tersebut akan dibakar sebaik sahaja Pilihan Raya Umum dijalankan tanpa mengira siapa pun Kerajaan yang memerintah.

Demikian kenyataan yang disebut sebelum ini yang membuktikan bahawa Si Wong Tak tu cukup benci dengan pembinaan kilang tersebut.

Tapi, apabila tindakan tersebut dikecam oleh penduduk di Kuantan termasuk dari kalangan puak - puak Pakatan tu sendiri membuatkan Si Wong Tak tu terpaksa buat pusingan U.

Walaupun sebelum itu dia cuba untuk membetulkan keadaan dengan menyatakan bahawa kenyataan 'Bakar Kilang Lynas' tu sebagai simbolik, ianya tak mengubah keadaan.

Selepas laporan Polis dibuat oleh pihak kilang Lynas terhadap ancaman Si Wong Tak tu, dia pun terus meminta maaf kerana ketelanjuran bahasa, kononnya.

Nah!!! Kali ini Si Wong Tak tu buat perangai lagi apabila terpaksa menarik semula kenyataan yang dibuat sebelum ini. Dia setuju pulak nak bukak kilang Lynas tu.

Konon - kononnya, Si Wong Tak tu cuba nak beli jiwa puak - puak Parti Kencing Rakyat dimana Si ketua Penipu tu pun buat kenyataan yang sama sebelum ini.

Kenyataan itu jelas telah menimbulkan kemarahan dikalangan penyokong - penyokong Himpunan Kahak Hijau dan jugak rakyat Kuantan secara keseluruhannya.

Disebabkan kenyataan itu jugak, Si Wong Tak telah didesak agar melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Himpunan Kahak Hijau. Dah tak pasal - pasal dia dapat penyakit.

Tapi, takkan la Si Wong Tak tu nak lepaskan jawatan dia kan? Nak tak nak, terpaksa la dia ubah pendirian dan kata kilang Lynas tu tetap jugak akan ditutup terus.

Hah! Nampak sangat yang Si Wong Tak tu memang suka main dengan kenyataan 'U-Turn' ni. Dia memang suka lipat baring bila berhadapan dengan masalah.

Persoalannya, adakah orang yang macam ini yang nak dijadikan sebagai pemimpin? Belum pun dia dapat jadi wakil rakyat, ayat dia sendiri pun dah berbelit.

Mula kata nak bakar kilang. Lepas tu mintak maaf. Kemudian dia kata nak bukak kilang Lynas tu, tapi ubah pulak bila kena desak lepaskan jawatan.

Korang bayangkan la bila dia dapat kuasa nanti. Mula janji nak bantu rakyat. Bila rakyat datang mintak bantuan, dia ubah pulak alasan dia supaya dia tak payah nak bantu. 

Benda ni tak mustahil kalau berlaku sebab dia memang dah biasa buat. Dah memang jadi darah daging dia cakap berbelit - belit. Takut nanti, bukan dia sorang je yang terbelit. Dengan kita - kita dijerutnya sekali. Naya wooo!!! Korang pikir la sendiri!!! - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping