Rabu, April 24, 2013


Rasanya SH tak perlu nak ulas panjang - panjang mengenai perkara ni. Cukup la sekadar kita baca luahan hati rakyat Lembah Pantai dibawah ni. 

Itu pun dah cukup untuk membuatkan Si Nurul Izzah tu bengkak. Kesimpulannya, rakyat nak pemimpin yang benar - benar menjaga Kebajikan mereka. Bukan yang setakat pancai bercakap je kerjanya!!!
KUALA LUMPUR, 24 April — Flat bersaiz 650 kaki persegi di Pantai Dalam adalah tempat dimana penjual nasi ayam Norli Mohamat Nor, suami dan dua orang anaknya tinggal adalah sempit akan tetapi sekurang-kurangnya ia adalah miliknya di ibu negara Malaysia ini.

Wanita berumur 33 tahun itu adalah penduduk skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi mengatakan Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin membantu beliau dan penghuni flat lain untuk membeli unit berharga RM35,000 itu, membolehkan mereka tidak perlu terus menyewa kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kepada beliau dan jiran-jirannya calon Barisan Nasional (BN) harapkan di dalam usaha untuk mengalahkan ahli parlimen penggal pertama yang popular Nurul Izzah Anwar dalam perebutan untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai bagi pilihan raya 5 Mei.

“Selepas Shahrizat kalah, Datuk Raja Nong Chik keluarkan surat tawaran untuk beli rumah dengan harga RM35,000 seunit,” kata Norli kepada The Malaysian Insider minggu ini, merujuk kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil, bekas ahli parlimen Lembah Pantai yang kalah pada 2008 dan memberi laluan kepada Raja Nong Chik untuk bertanding.

“Raja Nong Chik telah membuat banyak perubahan. Beliau tarkan jalan, bantu kami beli rumah. Terdapat banyak perubahan,” tambah Norli memuji calon Umno itu yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Perancangan Bandar pada tahun 2009.

DBKL dan projek-projek berada di bawah bidang kuasa Raja Nong Chik, yang menggelar dirinya sebagai juara golongan miskin, label yang golongan berpendapatan rendah Pantai Dalam, boleh buktikan akan membantu beliau untuk kemenangan dalam Pilihan Raya 2013.

Namun, rayuan Nurul Izzah di kawasan-kawasan perumahan kelas pekerja di Lembah Pantai jauh lebih rendah berbanding Raja Nong Chik, yang beliau sendiri akui baru-baru ini apabila beliau mengatakan sukar untuk mengekalkan Lembah Pantai.

Suri rumah Ruziana Zanturi, yang juga tinggal di rumah pangsa PPR Kerinchi mengatakan Nurul Izzah hanya muncul semasa tempoh berkempen.

“Nurul Izzah buat kerja, tetapi tidak sebanyak Raja Nong Chik. Hanya boleh lihat muka beliau semasa pilihan raya umum,” kata wanita berumur 44 tahun itu.

Pauzi Che Ahmad, ketua bagi salah satu blok di PPR Kerinchi memberitahu, pengundi pada Pilihan Raya 2008 marah dengan kegagalan perdana menteri pada ketika itu Tun Abdullah Ahmad badawi untuk menunaikan janji bagi menjual rumah pangsa Pantai Dalam kepada penduduk.

“DBKL tidak menjual kepada penyewa. Jadi bila Raja Nong Chik jadi menteri Wilayah Persekutuan, dia perjuangkan ini. Dia bawa ke kementerian kewangan dan mereka luluskan. Jadi sekarang kita boleh beli lah,” kata Pauzi, 51.

“Lembah Pantai bukan masalah kepada Raja Nong Chik. Menteri Wilayah Persekutuan itu macam menteri Lembah Pantai,” kata eksekutif syarikat telekomunikasi itu.

Sebelum Parlimen dibubarkan, beliau mengumumkan DBKL akan memberi bantuan kepada keluarga yang tidak mampu membayar sewa atau menyelesaikan tunggakan sewa rumah kos rendah.

Beliau disambut dengan semangat apabila memasuki gerai nasi ayam kecil, di mana beberapa orang memberitahu The Malaysian Insider Raja Nong Chik adalah wajah yang sering menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumian.

“Setiap minggu apabila ada kenduri, dia akan berada di sana,” kata Pauzi.

Raja Nong Chik menukar topi biru BN beliau kepada songkok apabila kemudiannya melawat kematian seorang ahli Umno di Pantai Permai.

Seorang rakan keluarga kepada ahli Umno tersebut Zainuddin Abdul Mutalib mengatakan Shahrizat hilang sokongan pada 2008 kerana beliau jarang turun ke bawah dan mendengar rintihan penduduk.

“Semasa zaman Raja Nong Chik, beliau memperjuangkan isu seperti perumahan dan isu setinggan. Datuk Raja Nong Chik adalah pemimpin yang baik dan menjaga kepentingan rakyat,” kata Zainuddin yang berumur 43 tahun dan menetap di Brickfields. 
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Tak baik ayat setengah komen orang terhadap Izzah. Ada yang kata, Izzah turun kawasan nak tayang tetek ja.

    laaaaa..

    BalasPadam
  2. Memang tetek izzah bulat, kental, sedap dipandang. Tu dengan lindung baju..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping