Itu khabar berita yang diterima dari kawasan Dewan Undangan Negeri Lanchang Pahang lewat petang tadi ekoran bantahan yang dibuat oleh ahli - ahli PKR sendiri.
Dengar kata, ahli - ahli disekitar kawasan tersebut membantah calon PKR yang bertanding dikawasan tersebut kerana didakwa tidak pernah turun padang.
Selama hari ini, calon yang diletakkan bagi kawasan tersebut hanya banyak menumpukan perhatian kepada kawasan - kawasan bandar sahaja.
Jelas tindakan tersebut merupakan satu dari tamparan hebat kepada PKR Pahang selepas Pengerusinya di 'Boo...' oleh penyokong - penyokong sendiri di Indera Mahkota.
Fauzi Abdul Rahman yang juga merupakan calon PKR bagi Parlimen Indera Mahkota telah ditolak secara terang - terangan oleh ahli - ahli PKR sendiri dihadapan Ketua Umum PKR.
Dan kali ini, giliran Timbalan Pengerusi pulak dimalukan oleh para pengikut PKR apabila bantahan tersebut mula hangat diperkatakan.
Apa yang pasti, ahli - ahli PKR Pahang nampak gayanya dalam diam membantah pencalonan yang telah dibuat sebelum ini atas alasan yang sama.
Mereka menganggap tindakan PKR Pusat menamakan calon dikawasan - kawasan seluruh Pahang hanya ibarat calon 'Tangkap Muat' dan meminggirkan pemimpin tempatan.
Bagi mereka, ianya satu penghinaan apabila pemimpin tempatan tidak langsung dipandang oleh kepimpinan PKR Pusat. Bagaimana mereka mahu memperjuangkan rakyat?
Selain menganggap Nizam Hamid sebagai 'Orang Luar', mereka juga turut mendakwa Nizam tidak pernah duduk sepentas dengan mana - mana orang PAS sebelum ini.
Malah, kata mereka, Nizam juga merupakan diantara mereka yang kuat membantah pemindahan kerusi Parlimen Temerloh kepada PAS sebelum ini.
"Kenapa janji tidak ditepati macam sebelum ini . Nampak gayanya dah jadi capati. Apa kata kali ni kita koyak KEADILAN yang sengaja memilih individu yang tidak bekerja sebagai calon,” dan orang Lanchang tidak kenal pun."Keputusan yang diambil nanti bukan keputusan sendiri tapi atas sokongan penyokong tegar parti keadilan dan Pas di Lanchang . Kami akan pastikan calon Keadilan kalah teruk ," tambahnya lagi
Sekarang semuanya sudah jelas. PKR secara terang - terangan telah GAGAL menjaga ahli - ahlinya sendiri. Bagaimana mungkin mereka dapat menjaga Negara dimasa akan datang?
Pun diorang masih lagi ada hati nak menang Pilihan Raya kali ini? Hilang akal ke apa? Nak UBAH? Nak TUKAR? Lain Kali La!!! Suruh diorang betulkan dulu parti sendiri. Jangan sibuk nak suruh orang lain ubah!!!
""PKR secara terang - terangan telah GAGAL menjaga ahli - ahlinya sendiri. Bagaimana mungkin mereka dapat menjaga Negara dimasa akan datang? ""
BalasPadamSETUJU SANGAT.. PKR SABAH PUN HADAPI MASALAH YANG SAMA..
Ansari Akui Tidak Wujud KEADILAN Dalam Parti Keadilan Rakyat