Adalah
sesuatu yang mustahil bagi mana – mana penyandang kerusi Parlimen untuk tidak
mengetahui bahawa kedudukannya telah pun diganti.
Tambah
menghairankan jika penyandang kerusi itu juga dianggap sebagai pemimpin tertinggi
dalam satu – satu organisasi itu sendiri.
Tetapi itulah yang berlaku terhadap Ahli Parlimen
Inderamahkota, YB Azan Ismail. Dia sikit pun tak tau yang nama dia telah pun
digantikan dengan orang lain.
Dan
yang lebih malang buat Azan, tempatnya diganti oleh Bekas Ahli Parlimen
Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang juga pernah menyandang jawatan Ketua
UMNO Bahagian Kuantan.
Kejutan
itu diterima dalam keadaan yang cukup mengecewakan bagi Azan sehingga
membuatkan dia patah semangat dan terus pulang dari tapak ceramah.
Secara
umumnya, semua orang sudah tahu konflik yang melanda dua orang tokoh PKR
ini tidak lama dahulu dimana Azan telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan
Pengerusi PKR Pahang.
Tindakan
Azan itu adalah disebabkan kegagalan Datuk Fauzi untuk menerajui PKR Negeri
seperti mana yang diharapkan oleh akar umbi PKR.
Azan
mendakwa Datuk Fauzi ‘memerintah’ PKR Pahang seumpama syarikat anak – beranak
dan bukannya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan rakyat.
Kemelut
itu belum lagi dapat diketahui secara mendalam tentang sebab musabab Azan
bertindak untuk letak jawatan. Persoalan masih bermain diminda rakyat.
Apa
yang dimaksudkan oleh Azan? Apa maksudnya ‘memerintah seumpama syarikat anak
beranak’? Apa yang telah dilakukan oleh Datuk Fauzi?
Sehingga
kini, semua persoalan itu masih lagi tidak ada sebarang jawapan. Azan pula
hanya mendiamkan diri setelah dia dilantik menjadi Pengerusi PKR Terengganu.
Maka
mulalah tanggapan buruk rakyat terhadap Azan. Ramai yang mengatakan bahawa Azan
hanya seorang yang Gila jawatan. Itu sebab dia bergaduh dengan Datuk Fauzi.
Apa
yang jelas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih sayangkan Datuk Fauzi
dari Azan Ismail. Maklum la, Datuk Fauzi dah lama jadi pengikut Anwar.
Azan pulak baru – baru ni je muncul. Sebelum ni, tak de orang pun kenal siapa Azan Ismail tu. Kalau dia tak jadi YB, sorang pun tak kenal dia siapa.
Jadi,
tak mustahil bagi Ketua Umum PKR tu untuk memilih Mantan Kroninya dulu untuk
bertanding di Inderamahkota. Walaupun dia tau Datuk Fauzi akan tewas, tapi dia
tak peduli.
Sekurang
– kurangnya, bagi Ketua Umum tu, ada jugak la saingan di Inderamahkota daripada
tak de lansung. Tu je yang dia nak buat.
Hakikatnya,
pemilihan Datuk Fauzi di Inderamahkota tidak mendapat sambutan hangat
dikalangan rakyat Inderamahkota sendiri. Kenapa? Itu persoalannya.
Kenapa
pengumuman yang dibuat oleh Ketua Umum tu Sabtu lalu tidak mendapat sambutan
sebaliknya hanya disambut dengan sorakkan ‘Boo..’ dari kalangan penyokong PKR
sendiri?
Jawapannya
sudah tentu mereka menolak pencalonan Datuk Fauzi sebagai Ahli Parlimen
Inderamahkota. Kenapa diorang tolak pencalonan tersebut?
Sudah
pasti ada sesuatu yang tak kena dengan pencalonan itu. Sudah tentu ada ‘Rahsia’
yang orang lain tak tahu. Apa rahsianya? Kemudian kita dedahkan.
Apa
yang jelas, konflik dalaman PKR di Pahang sekarang sudah sampai tahap
meruncing. Ini baru bahagian pertama dalam siri pendedahan terhadap kepincangan
yang berlaku.
Banyak
lagi pendedahan yang akan dibuat. Pendek kata, kalau cerita sehari pun tak
habis. Yang pasti, bukan setakat rakyat tempatan je yang tolak PKR, malah ahli
diorang sendiri pun sama jugak. Sama-sama la kita fikirkan.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.