Selasa, April 02, 2013



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menggesa kerajaan menyenaraikan syarikat dan agensi yang terlibat dalam perjanjian berjumlah RM4.27 bilion di Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA) baru-baru ini.

Mahfuz mengesyaki tindakan Perdana Menteri melengah-lengahkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ada kaitan dengan usaha untuk mendapatkan komisyen daripada pembelian-pembelian yang dilakukan di LIMA.

"Ini tindakan yang tak wajar (kerana) walaupun saya mengatakan kita perlukan peningkatan persiapan pertahanan secara yang lebih lengkap tapi kerajaan tidak boleh membuat keputusan dalam keadaan kerajaan telah kehabisan mandat. 

"Jadi oleh sebab itu saya minta kerajaan dedahkan secara terperinci perjanjian-perjanjian yang telah dibuat oleh syarikat-syarikat seperti mana yang telah dibuat di LIMA.

"Ini penting kerana rakyat perlu tahu sejauh mana ketelusan pembelian tersebut. Saya daripada awal mengesyaki bahawa bila perdana menteri tangguhkan PRU sehingga selesai LIMA seolah-oleh ada agenda mendapat habuan daripada pembelian yang dilakukan," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga memberi jaminan Pakatan Rakyat akan meneliti semula pembelian-pembelian tersebut selepas mengambil alih Putrajaya.

"Saya beri jaminan semua keputusan yang telah dibuat kerajaan dalam LIMA di Langkawi akan diteliti semula apabila Pakatan diberi mandat.

"Satu siasatan mesti dibuat kerana bagaimana dalam masa kehilangan mandat kerajaan boleh buat pembelian," katanya sambil menambah, tindakan tersebut salah dari sudut moral politik walaupun secara perlembagaan tempoh berakhir Parlimen ialah pada 30 April.

Sementara itu, Mahfuz turut mempersoal kawalan keselamatan negara yang longgar walaupun telah membeli peralatan pertahanan yang canggih.

"Setiap tahun kerajaan anjur LIMA dan banyak peralatan pertahanan kita peroleh daripada perjanjian di LIMA.

"Tapi kelemahan yang berlaku sistem kawalan keselamatan pertahanan negara kita terus dipersoal seperti yang berlaku di Lahad Datu.

"Kita nak tahu apa yang kerajaan buat oleh pembelian yang begitu hebat setiap kali LIMA tiba-tiba kita tak dapat kesan penceroboh masuk dalam negara. 

"Penceroboh 200 orang kita terpaksa kerah 7 batalion tentera yang muda hanya menghadapi tentera Sulu yang tua," katanya.

Ps: Wah!!! Makin kuat angan - angan budak yang setakat lulus SRP ni. Hari - hari dok balun Kementerian Pertahanan ni pasal apa? 

Dia apa tau pasal Pertahanan ni? Belajar pun takat SRP, ada hati nak jadi menteri pertahanan ke woi!!! Sedar la diri tu sikit. Pegi ambik SPM dulu la. 

Jangan cakap je pandai!!! Buat andaian je kerjanya, mana bukti? Setakat cakap je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. MAMAT NI YG TWEET 'sedang launch brsama speaker'
    dia tk tau nk beza launch dgn lunch...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia nak launching la tu hahahaha

      aj

      Padam
  2. lulus SPM dulu ...baru cakap

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping