Pelikkan? Hari ni ada orang tanya sama ada SH tau atau tidak kes yang berlaku di Wilayah Iskandar ni. SH memang tak tau apa ceritanya.
Soal sahabat SH, kenapa selama hari ini tak de orang pun berminat nak melabur di kawasan Nusajaya ni? Kenapa baru sekarang, tiba - tiba ada yang menunjukkan minat?
Yang menunjukkan minat tu pulak katanya ada kaitan dengan Singapura. Dan tambahan pulak bila dengar cerita Si Kit Siang tu nak bertanding di kawasan Gelang Patah.
Itu persoalan yang bermain dalam kepala rakyat diperingkat akar umbi. Diorang nak tau cerita sebenarnya. Tambah mereka, orang berniaga ni pun ada agenda sendiri.
Persoalannya, adakah semua ini secara kebetulan atau ianya telah dirancang sejak dari awal lagi? Adakah ianya mempunyai kaitan secara tidak lansung? Hah! Korang ada akal, rasanya semua boleh fikir sendiri!!!
KUALA LUMPUR - "Di mana ada gula, di situ ada semut", mungkin adalah peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan kehadiran "Raja Gula" Tan Sri Robert Kuok di Iskandar Malaysia di Johor.
Tidak mahu melepaskan peluang "manis" yang ditawarkan di wilayah ekonomi selatan itu, Kuok, yang dilahirkan di Johor, telah memilih Nusajaya sebagai destinasi pelaburan barunya.Melalui Kuok Brothers Group, beliau telah membeli 5.058 hektar tanah dengan harga RM334 satu kaki persegi daripada UEM Land, di Puteri Harbour, salah satu mercu tanda utama di Nusajaya.Kesediaan bilionair itu untuk membayar harga setinggi itu menunjukkan bahawa Puteri Harbour adalah satu pelaburan manis yang akan memberikan pulangan yang lebih manis pada masa akan datang.Kepulangan Kuok tentunya akan membantu penduduk Johor dengan kesan limpahan dengan peluang pekerjaan dan perniagaan daripada campuran bangunan kediaman, serta, unit runcit dan komersil, RM1 bilion dalam nilai pembangunan kasar.Keluarga Kuok telah menubuhkan Malayan Sugar Manufacturing Company pada 1958 dan kemudian membuka ladang tebu pertama mereka menerusi Perlis Plantations enam tahun selepas itu.Mereka kemudian menjual Malayan Sugar Manufacturing kepada Felda pada 2009 sebelum memperoleh sebuah syarikat gula Australia kemudiannya.Sebelum meneroka peluang di Iskandar, Kuok telah memaklumkan rakan kongsinya, bilionair Australia Lang Walker, tentang potensi Iskandar Malaysia.Kuok adalah rakan kongsi Walter dalam projek pembangunan semula Collins Square AS$1.4 bilion di Melbourne, Australia.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.