Ushar Apa Tu Bang Mat Oi!!! |
Kalau sebelum ni, Bang Mat pancing undi dengan memancing isteri orang. Lepas dia pancing isteri orang, jadi pulak isteri dia. Dah tentu - tentu ada sokongan buat dia ye tak.
Tapi, kaedah baru ni memang lain macam sikit. Malah Si Ketua Penipu tu pun tak pernah terfikir nak dapatkan idea macam Bang Mat buat.
Maklum la, Bang Mat pakai Kepala Lutut, tapi Bang Non pakai Kepala 'Tut...' dia je. Hehehe.. Jangan marah. Ini realiti, bukan fantasi. Macam mana cara Bang Mat buat?
Hah! Ini caranya. Kaedah ni Bang Mat dah guna sejak tahun 1990an dulu lagi. Cuma kita je yang tak perasan dengan kaedah Bang Mat ni. Hebat!!! Apa caranya?
Caranya ialah dengan memaki hamun orang sebelum orang tu mengundi dia. Ha!!! Korang mesti tak percayakan? Meh sini SH tunjukkan caranya.
Dulu, masa tahun 1990an, Bang Mat ni jugak yang dok ulang - ulang dalam ceramah, dalam sidang Parlimen memaki hamun Si Ketua Penipu tu. Dia yang bagi nama 'Al - Juburi'.
Malah, Bang Mat jugak yang sebut Bang Non tu sebagai 'Kaki Punkoq'. Sekarang kita boleh tengok macam mana Bang Non tu sokong Bang Mat. Setengah nak mati beb!!!
Jadi, tak heran la kalau Bang Mat pergi ke Sabah dan hina orang Sabah Gila Duit. Walaupun dia tujukan kepada orang UMNO, secara relatifnya, orang UMNO tu pun orang Sabah jugak. Tak pulak orang UMNO Sabah tu boleh jadi orang Pahang, betul tak!!
BEAUFORT 8 April - Pemuda UMNO Sabah menempelak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menuduh ahli-ahli Pemuda UMNO bekerja untuk parti hanya selepas dibayar upah.
Ketuanya, Datuk Awang Kadin Tang yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab itu menegaskan, bahawa mereka ikhlas berjuang mempertahankan maruah bangsa, agama dan negara.
"Kami tidak pernah 'diupah baru lawan' tetapi kami pada setiap masa sedia mempertahankan maruah UMNO dan Barisan Nasional sebab ia adalah tugas dan perjuangan Pemuda UMNO.
"Motto kami adalah jelas, Bersatu-Bersedia-Berkhidmat, tanpa upah, tanpa mengira penat lelah, demi parti keramat UMNO," katanya kepada Utusan Online di sini malam tadi.
Awang Kadin mengulas tohmahan Timbalan Presiden Pas itu yang lebih dikenali dengan Mat Sabu yang menggelar Pemuda UMNO sebagai Pahlawan ('uPah' baru 'Lawan') dalam ceramahnya sempena pelancaran Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri Klias di sini malam tadi.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.