Sabtu, April 27, 2013


Apa lagi kita nak cerita pasal Si Nurul ni? Dia sebelum ni memang cukup - cukup kena balun dengan penduduk - penduduk di Lembah Pantai.

Diorang naik angin sebab Si Nurul tu tuduh diorang sebagai pengundi hantu hanya sebab diorang tak duduk lagi di kediaman lama. Sekarang diorang pindah ke tempat lain.

Nak heran apa beb kalau Si Nurul tu tak tau kat mana pengundi dia duduk? Dia bangunan tempat pengundi penduduk pun dia tak tau!!! Kalau tak percaya, baca balik cerita kat bawah ni. Nampak sangat Si Nurul tu tak pernah turun padang!!!
Semalam ada kebakaran kecil di Lembah Pantai. Bila dapat tahu pasal perkara ni, Dato’ Raja Nong Chik segera minta wakilnya datang melawat mangsa untuk hulurkan bantuan. Dato’ Raja Nong Chik juga minta DBKL untuk segerakan pembaikian.
Dpt makluman kebakaran kecil dapur @Blok B,PPR Kerinci.Peg saya hadir utk dpt butiran mangsa.Terima kasih anggota Bomba atas kecekapan anda!
Bila Nurul Izzah baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik dan tahu pasal kebakaran ni, dia pun jadi tak tentu arah. Bayangkan kawan-kawan, nak tahu pasal kebakaran di Lembah Pantai pun kena baca Twitter Dato’ Raja Nong Chik. Apa jenis wakil rakyat macam ni?

Bila dapat tahu Dato’ Raja Nong Chik dah hantar wakil, dia pun tak nak kalah, hantar juga wakil dia…
‎"Kebakaran kecil Blok D PPR Kerinchi (bhg dapur).Wakil Nurul Izzah (@n_izzah) hadir melihat kerosakan
Malangnya hantar wakil pun tempat salah… Kebakaran di Blok B PPR Kerinchi, wakil dia pergi Blok D PPR Kerinchi. Lepas tu Nurul Izzah dengan bangganya dabik dada konon dah hantar wakil, padahal dia tak sedar, wakil pergi tempat salah!!!

Itulah Nurul, orang lantik jadi wakil rakyat, tak nak buat kerja betul-betul. Dato’ Raja Nong Chik hantar wakil aku tak hairan, sebab dia Menteri, jadi banyak perkara yang perlu diuruskan, bukan setakat Lembah Pantai semata-mata.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Saya rasa anwar perlu bertaubat dan menginsafi diri sndiri… kenapa agaknya allah menarik balik semua keistimewaan yang pernah dia kecapi suatu ketika dulu. Semua yang berlaku ini adalah ketentuan dan keizinan dari Allah jualah. Mungkin ada sebabnya dan ia merupakan balasan terhadap dosa2 silam yg pernah dilakukan. Insaflah diri, usahlah terusan ego dan bongkak…tidak ada ruginya mengundur…bertaubatlah dan pertingkatkanlah amalan agar mati kelak dalam keadaan aman tenteram dan tenang.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping