Artikel
ini adalah sambungan artikel yang dikeluarkan semalam. Masih banyak lagi
persoalan – persoalan yang perlu dijawab oleh Sakmongkol.
Rasanya,
rakyat seluruh Malaysia sudah tahu yang Sakmongkol bertindak keluar dari UMNO
lewat beberapa tahun yang lalu dan menyertai DAPigs.
Dalam
kenyataan media, Sakmongkol menjelaskan kononnya dia menyertai DAP kerana parti
itu memberi ruang yang lebih untuk memperjuangkan Melayu.
Persoalannya,
kenapa dia masuk DAPigs? Adakah kerana PAS dan PKR tidak memberi ruang yang lebih
untuk memperjuangkan Melayu?
Jelas,
tindakan dan alasan yang diberikan oleh Sakmongkol itu cukup mencurigakan kita.
Malah, dalam masa yang sama dia turut meludah muka parti lain dalam Pakatan.
Namun,
persoalan utamanya, adakah benar Sakmongkol seorang Pejuang Melayu? Atau adakah
dia hanya sekadar Keldai Tunggangan DAPigs semata – mata?
Mari
kita lihat sejauh mana jati diri seorang yang mengatakan dirinya ‘Pejuang
Melayu’ ini. Pertama, kita lihat isi kandungan blog dia pun sudah mencukupi.
Ada
pernah dia menulis menggunakan bahasa Melayu? Adakah pernah dia memartabatkan
persuratan Melayu didalam membuat sebarang penulisan?
Jawapannya,
JARANG SEKALI. Jadi, adakah itu bukan satu bukti bahawa Si Sakmongkol ini
bukanlah pejuang Melayu yang sejati? Dia sekadar cuba meraih sokongan semata –
mata.
Kedua,
dalam penulisan blog dia sejak menjejakkan kaki menjadi Pencacai DAPigs, kerap
kali dia mengutuk dan mengkritik kepimpinan Datuk Seri Najib.
Soalnya,
Si Sakmongkol ni asalnya dari mana kalau bukan dari Pekan? Sebelum ini, dia
jadi ADUN pun dalam kawasan Parlimen Pekan, tempat Datuk Seri Najib.
Jika
benar UMNO tidak membela orang Melayu, kenapa
Si Sakmongkol tu tak bertanding di Parlimen Pekan dan berhadapan dengan Datuk
Seri Najib?
Jawapannya
mudah. Alasannya Si Sakmongkol ni TAKUT mahu berhadapan dengan Datuk Seri Najib
walaupun dalam blog dia sering menghentam Datuk Seri Najib tanpa segan silu.
Kalau
tidak, kenapa dia perlu ke Raub dan merampas kerusi tersebut dari anak Raja
Puji yang sebelum ini sudah diwar – warkan sebagai calon utama di kawasan
tersebut?
Adalah
satu tindakan yang tidak masuk akal bagi Si Sakmongkol ni nak bertanding
ditempat orang dan meninggalkan orang kampong dia sendiri tidak terbela.
Nah!
Sekarang kita persoalkan semula soalan diatas. Adakah benar Si Sakmongkol ini
seorang Pejuang Melayu atau hanya sekadar
Keldai DAPigs?
Tuan –
tuan sekalian. Sudah terang lagi bersuluh. Perkara ini memang cukup jelas. Si
Sakmongkol ni hanya mampu mendabik dada didalam blog dan berlakon.
Dia
sebenarnya bukan nak sangat memperjuangkan Melayu. Jauh sekali dia nak
memperjuangkan rakyat. Sebabnya cukup mudah.
Si
Sakmongkol ni bertindak keluar dari UMNO bukan atas sebab nak memperjuangkan
rakyat. Sebaliknya, dia keluar sebab tidak dicalonkan sebagai wakil rakyat.
Tambahan
pulak, jawatannya sebagai Ketua Penerangan UMNO Pekan tidak disambung semula
selepas PRU ke 12 yang lalu. Itu sahaja sebabnya.
Hakikat
ini sudah cukup buat kita. Hanya kerana dia tak dapat jadi YB dan tak dapat
jawatan dalam Parti, dia kata UMNO
tak perjuangkan Melayu.
Walhal,
perjuangan dia pun adalah demi untuk kepentingan sendiri. Bukan sebab dia nak memperjuangkan
Melayu sangat pun!!! Jadi, tak payah la dia susah – susah nak menipu rakyat.
Kalau jadi haprak Rakyat, memang sesuai sangat la!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.