Kit Siang telah mengarahkan pemimpin DAPigs menutup mulut ekoran terdapatnya perbalahan dalaman antara parti cauvinis Cina itu.
Usaha itu dibuat ekoran usaha DAPigs yang cuba "dilihat" menjadi parti pelbagai kaum, sedangkan jelas hak kaum lain di dalam DAPigs diketepikan.
Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAPigs, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi."
Perbalahan dalam DAPigs terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAPigs juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng.
Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAPigs Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.
Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah.
Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya.
Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.
Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Kit Siang yang juga merupakan Setiausaha Agung Parti, Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor.
Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini, Boo membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti.
Boo merujuk kepada pemilihan Ketua DAPsy Negeri, Tan Hong Pin sebagai calon untuk bertanding dikerusi DUN Mengkibol.
Bekas anggota dewan undangan Negeri, Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas.
Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.
"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.
Siapa yang jadi mangsa? Si Jui Meng tu jugak. Dia hanya diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang pula diberi peluang bersenang lenang di Gelang Patah.
Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.
Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.
Semua orang kena dengar cakap dia. Kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.
Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir Negara kelak? Yang merananya bukan orang lain, rakyat jugak. Jelas, diorang ni berjuang untuk diri sendiri. Bukannya diorang berjuang untuk rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.