Rabu, April 03, 2013


PUTRAJAYA - Selaras dengan pembubaran Dewan Rakyat hari ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong Barisan Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.

"Ini pertandingan antara parti, bukan pertandingan antara orang perseorangan kerana hanya parti saja yang boleh tubuh kerajaan, jadi mereka mesti tentukan parti mereka menang. Kalau mereka betul-betul setia pada parti, jangan kira siapa jadi calon.

"Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana kita hendak parti BN menang," katanya kepada pemberita di  pejabatnya di sini hari ini.

BN diyakini akan memenangi PRU13 nanti, malah mungkin dengan  majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.

Ditanya sama ada beliau akan kembali bertanding untuk menyahut cabaran penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor, Dr Mahathir berkata, beliau tidak mahu bertanding lagi memandangkan beliau sudah bersara dan Lim yang sepatutnya mengikut jejak beliau.

"Dia patut bersara sebab dia aktif dalam politik ini sejak tahun 1964, bagilah can (peluang) kepada orang muda. Saya bagi peluang pada orang muda sebab itu saya letak jawatan pada 2003.

"(Lim) Kit Siang ini walaupun dia seorang ahli politik yang berpengalaman dan berpengaruh, tapi tiba masanya dia tarik diri,  tak  usah bertandinglah, bagilah peluang pada orang muda," katanya.

Dr Mahathir sebelum itu menerima kunjungan bekas ahli Pas seumur hidup Zainon Ismail yang memohon maaf kepada beliau.

Zainon atau lebih dikenali dengan nama CN Afghani mengaku pernah merancang membunuh Dr Mahathir pada tahun 1988 kerana  terpengaruh dengan 'Amanat Haji Hadi' yang menyatakan bahawa Umno kafir.

Ps: Apa boleh buat Tun. Dah dasar puak - puak Pakatan Haramjadah ni tak sedar diri dan Gila Kuasa. Tu sebab la diorang nak bertanding sampai mati!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Salam.memang tidak dinafikan kita perlu menyokong UMNO dan kerajaan.Namun UMNO dan barisan nasional perlulah meletakkan calon yang benar benar bekerja untuk rakyat.Bukan calon yang hanya bekerja untuk kepentingan peribadi.Jika UMNO dan barisan nasional meletakkan calon yg buruk kenapa kita perlu mengundi mereka? Rakyat perlu bijak juga dalam memilih dan memenangkan UMNO dan barisan nasional

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping