Ahad, Mei 26, 2013


Itu je ke yang PAS mampu buat? Yang Pemuda PAS mampu lakukan hanya dengan memberikan amaran kepada Anak Muda Kecoh tu?

Kalau setakat bagi amaran je, apa barang beb. Ini bukan soal kecik yang setakat nak diberikan amaran je. Tapi ini soal maruah Presiden sendiri.

Kot kalau maruah Presiden parti pun PAS tak mampu nak pertahankan dan masih lagi nak jadi Balaci kepada PKR, baik tak payah. Buat mengabihkan masa je.

Kenyataan Si Sam Ketot mewakili suara Anak Muda Kecoh dalam PKR. Dia bercakap bukan mewakili diri dia sendiri. Dia bercakap bukan atas dasar kenyataan peribadi.

Tapi Si Sam Ketot tu bercakap atas pentas AMK dan ianya mewakili PKR secara tidak lansung. Kenyataan Sam Ketot tu jelas menghina Hadi Awang.

Jika tindakan Si Sam Ketot tu diambil berat oleh pemimpin tertinggi dalam PKR, dah tentu - tentu semalam Kak Wan Omega atau Si Ketua Penipu tu akan tampil membidasnya.

Dah tentu - tentu diorang akan naik atas pentas dan memohon maaf diatas keterlanjuran kata Si Sam Ketot tu. Tapi, tak de pulak ianya dimasukkan dalam ucapan mereka.

Itu membuktikan bahawa kenyataan Si Sam Ketot tu mendapat restu dari pemimpin tertinggi PKR sendiri. Tindakan dia menghina Hadi Awang tu dipersetujui oleh Kak Wan dan Si Ketua Penipu tu. Pun PAS masih nak berdiam diri jugak ke!!!
Pemuda PAS Gombak meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak menggunakan media atau mengkritik secara terbuka berhubung masalah parti komponen itu.
 
Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata demikian mengulas kenyataan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyelar tindakan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencerca calon PKR tanpa bukti pada kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu.
 
Katanya, ini kerana beliau bimbang konflik dalaman parti komponen dijadikan bahan melaga-lagakan sesama parti oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
 
“Kami tidak kisah AMK mengkritik mana-mana pimpinan PAS, tetapi perlu menggunakan saluran dalaman yang menjadi amalan kita selama ini.
 
“Kami tidak kisah jika ia datang dari media Umno-BN tetapi kali ini AMK yang menghentam Presiden PAS secara terbuka,” katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.
 
Katanya, AMK seharusnya menjadikan pengalaman calon lompat parti semasa PRU12 sebagai pengajaran sehingga menyebabkan Perak dirampas BN.
 
“PR dimalukan dengan insiden wakil PKR keluar parti seperti Parlimen Bayan Baru, Nibong Tebal, Wangsa Maju, Parlimen Bagan Serai dan Kulim-Bandar Baru.
 
“Ini bukan sahaja pengkhianatan kepada rakan PR, malah pengkhianatan terhadap mandat rakyat menyebabkan soal calon sering diingatkan oleh Abdul Hadi,” katanya.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Tunggang tunggang

    sape tunggang sape????!?!
    parti pakatan tunggang menunggang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping