Ahad, Mei 26, 2013


SH sokong sangat apa yang dikatakan oleh Si Mahfuz Bean ni. Walaupun dia hanya LULUS dalam peperiksaan SRP, tapi apa dia cakap tu memang betul.

Dalam kenyataan dia semalam, Si Mahfuz Bean tu kata UMNO jangan salahkan rakyat kerana merekalah yang memaksa rakyat turun ke jalan raya.
KUALA LUMPUR: Umno jangan berlakon dan mendakwa kononnya rakyat yang bersalah kerana parti itulah yang memaksa mereka turun ke jalan raya, kata Naib Presiden PAS, Datukl Mahfuz Omar. 

Malah, katanya, penangkapan demi penangkapan tidak akan dapat meredakan kegelisahan rakyat terhadap perbuatan Umno yang merampas demokrasi dan keadilan. 

"Apa yang berlaku ialah akibat perbuatan Umno sendiri. Jangan salahkan rakyat, Umnolah yang memaksa rakyat lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keadilan yang dirampas oleh parti itu," katanya.
Memang tak de orang yang salahkan rakyat. Tu pasal la pihak berkuasa tangkap dan buat dakwaan terhadap PEMIMPIN Pakatan Haramjadah tu.

Sebab pemimpin Pakatan Haramjadah tu la yang dok menghasut rakyat agar menolak keputusan Pilihan Raya Umum yang baru sahaja berlalu.

Yang menyalahkan rakyat sebenarnya ialah puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Diorang yang menolak keputusan yang dibuat oleh rakyat.

Untuk pengetahuan Mahfuz, rakyat yang telah memilih Barisan Nasional sebagai Kerajaan yang sah di Malaysia ni. Rakyat yang pergi mengundi. Dan mereka mengundi BN.

Jadi, tak wajar Pakatan Pembangkang menyalahkan rakyat kerana telah membuat pilihan mereka sendiri. Bukannya orang lain yang buat pilihan tersebut.

Maka, yang harus dipersalahkan ialah PEMIMPIN Pakatan Haprak macam Si Mahfuz Bean ni. Dia merupakan diantara pemimpin yang tak mampu terima takdir Allah.

Pemimpin macam Si Mahfuz ni la yang MENOLAK Qada' dan Qadar Allah serta ketentuan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Pun Si Mahfuz ni tak sedar diri lagi?

Sudah la Mahfuz Bean oi!!! Jangan la dok nak menongkat langit je kerjanya. Dah Kalah tu, Kalah jugak la!!! Tak payah la diorang nak meroyan tak tentu arah. Balik kawasan masing - masing, buat kerja. Jaga Rakyat. Jangan mengabihkan masa tak tentu arah!!!
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. kata kata musuh adalah ubat bagi umno, ingat

    BalasPadam
  2. salam.Admin

    Mohon jasa baik tuan linkkan Blog GMC ke laman baru: Http//gmc-gunungmatcincang.blogspot.com.

    wassallam- GMC

    BalasPadam
  3. Macamana dia ni boleh terjerumus dalam kancah politik? Salah masuk simpang ke apa?

    BalasPadam
  4. Anwar buat hal,berzina dengan pelacur UMNO salah,perbualan lucah Mat Sabu pun UMNO juga salah,ADUN Selinsing tangkap khalwat pun UMNO punya kerja, Kaunseling Badrul Amin pada bini orang pun UMNOlah punya kerja, Habis tu apa peliknya kenyataan Mahfuz Bean ni? Dah memang standard UMNO punya kerjalah...

    BalasPadam
  5. macam ni ke YB. abis undi aku masa pru13 tu nak buang mana? apa yb ingat semue rakyat suka kat pr? Bagi aku yang kalah tu muhasabah diri, yang menang tu buat keja. tak rira bn atau pr. rakyat pilih yb untuk berkerja untuk rakyat. ingat kalau tak jadi menteri tak bole buat keja ker?

    BalasPadam
  6. Yang bersalah adalah....

    Penceramah yang Menghasut dan Menyebar Fitnah....

    Tak semua yang Hadir dengar ceramah tu adalah penyokong....
    Tapi...Ada juga yang terlibat dengan Perhimpunan Haram tu, adalah mereka yang tak tahu Hujung Pangkal....

    Semalam...Putrajaya ada Festival Belia dan Jom Heboh....
    Kat Dataran ada Citrawarna...BEST sangat

    Tapi masih ramai yang memilih ke Dataran kat AMCORP Mall tu.....nak jugak buat benda yang dah di labelkan HARAM....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping