Ahad, Mei 26, 2013


Sebelum ini didalam laporan Wall Street Journal juga yang mendedahkan sokongan secara lansung Si Ketua Penipu tu terhadap keselamatan Israel.

Berpuluh - puluh laporan dibuat bagi mendesak Si Ketua Penipu tu mengambil tindakan terhadap kenyataan tersebut sampai dia terkedu dalam sidang Parlimen.

Namun sebaliknya, Si Ketua Penipu tu hanya memberikan alasan kononnya kenyataan dia tu telah disalah tafsir dan hanya dipetik sebahagian sahaja.

Kata Si Ketua Penipu tu, kenyataan dia dalam The Wall Street Journal diambil diluar daripada konteks penuh dan dimanipulasikan oleh media tempatan.

Sekarang, laporan dalam laman sesawang yang sama juga memetik kenyataan dari Bekas Naib Presiden Indonesia menyatakan bahawa Si Ketua Penipu tu telah mungkir janji.

Laman sesawang The Wall Street Journal jugak yang menyiarkan berita tersebut dan kemudiannya dipetik oleh media tempatan. Sekali lagi desakan dibuat.

Adakah berani Si Ketua Penipu tu mengambil tindakan terhadap Wall Street Journal kerana menyiarkan laporan yang dikatakan menipu itu? Atau adakah dia hanya akan mendiamkan diri dan menyalahkan orang lain? Kalau setakat tau tunding jari je, baik tak payah!!!
JAKARTA – Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkhianati perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lalu.

Dakwaan Jusuf itu dilaporkan oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel, semalam, semasa Anwar mengadakan protes berterusan menentang keputusan PRU13 yang didakwanya dicemari penipuan selepas Barisan Nasional (BN) kembali memegang tampuk pemerintahan.

“Saya meminta Anwar menerima keputusan itu (pada 6 Mei) dan lihat kepada realiti tetapi mereka kata ‘tidak, tidak, tidak, tidak,” kata Jusuf dalam temuramah dengan WSJ.

Dalam satu temuramah dengan WSJ, Jusuf mendedahkan beliau menjadi orang tengah untuk satu perjanjian rahsia antara Anwar dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu.

Menurut Jusuf, Anwar dan Najib, yang dianggap sebagai sahabat beliau sejak beberapa dekad lalu, telah membuat perjanjian bertulis untuk tidak melancarkan serangan peribadi semasa kempen dan menerima keputusan pilihan raya itu.

Jusuf mendakwa perjanjian itu dicadangkan oleh Anwar sendiri.

Artikel bertajuk Behind Malaysian Poll Protest, a Peace Deal That Collapsed itu turut menyebut Anwar mengakui beliau membuat perjanjian itu, namun ketua pembangkang itu menganggap BN membuatkan perjanjian itu terbatal melalui cara parti itu berkempen.

“Macam mana anda boleh bercakap mengenai perdamaian apabila anda memburukkan lawan dengan cara sebegini,” kata Anwar merujuk kepada media di Malaysia yang kebanyakannya dimiliki kerajaan.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Penyokongnya juga kata...apa saja tuduhan ke nuor fitnah.. kalau malaikat dtg pun..bersilat org pkr dgn malaikat pertahankan nuor...dahsyatnya nuorrrrr

    malaikat maut je semua org cabut..tinggal nuor seorg....hehehehe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping