Ahad, Mei 12, 2013


Sudah la Pak Ibharim. Tak payah la nak tunjuk sangat sifat 'Sore Loser' tu. Ingat la sikit. Pak Ibharim pemimpin parti yang KONONnya memperjuangkan Islam.

Takkan la Pak Ibharim pun nak jadi orang yang munafik sebab tak percaya pada ketentuan Allah S.W.T? Semua yang berlaku ada sebab musababnya.

Takkan la itu pun Pak Ibharim tak tau? Kalau betul la pihak SPR ada buat salah, adakah pihak Pak Ibharim tak de buat kesilapan lansung?

Sebagai contoh, borang 14 iaitu borang keputusan. Kalau ada Ketua Pusat mengundi tak serahkan borang tu semula kepada petugas parti, kenapa tak mintak?

Kenapa petugas yang mewakili parti tidak mendesak dan mempersoalkan perkara tersebut pada ketika itu? Kenapa baru hari ini nak dibangkitkan persoalan tersebut?

Pak Ibharim kata pegawai SPR tu yang tak dilatih. Habis, petugas dia tak dilatih jugak ke? Rasanya semua dah diberi taklimat sebelum hari pengundian bermula.

Jadi, mustahil sekiranya mereka tak tau tugas masing - masing melainkan mereka saja buat - buat tak tau. Kemungkinan itu memang ada.

Nampak sangat sebenarnya puak - puak Pakatan Haramjadah ni sengaja nak menjadikan perkara ini sebagai isu. Diorang dah kalah, lepas tu nak tuduh orang lain pulak. Kalau dah kalah tu, kalah la jugak!!! Jangan la Pak Ibharim nak jadi orang MUNAFIK pulak!!!
 Pas Pahang mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik pada PRU13 khususnya ketua tempat mengundi yang tidak faham peraturan dan tidak diberi latihan cukupnya.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, terdapat beberapa kes serius yang membabitkan petugas SPR tidak mengembalikan borang 14 (keputusan) kepada wakil parti yang bertanding.

Menurutnya, sebagai contoh di Dun Guai, tiga borang 14 tidak dikembalikan kepada wakil parti walaupun setelah banyak kali Pas memohon daripada mereka.

“Di Dun Dong, Raub, berlaku kes di mana ketua tempat mengundi memasukkan borang 14 ke dalam peti undi dan di Dun Pulau tawar pula berlaku kesilapan teknikal apabila borang Parlimen bertukar dengan borang Dun,” katanya, semalam.

Tuan Ibrahim berkata, antara kepincangan lain, berlaku kes pengundi yang namanya telah digunakan pihak lain di Dun Kuala Semantan dan Pas telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Alangkah bagusnya kalau yg berkenaan dapat menerima ketentuan Allah,Takkanlah tak tahu yg sesuatu itu takkan berbekas tanpa izin Allah.kitakan lebih Islam drp umno.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping