Isnin, Mei 13, 2013



Aik? Pelik jugak ek. Sebelum ni, Si Mahpuz tu mati - matian tak nak ada kaitan dengan PAS Kedah. Bagi dia, tak de standard nak duduk di Negeri.

Dia lebih menggilakan jawatan diperingkat pusat. Apa saja isu yang timbul di Kedah, Si Mahpuz ni kata semuanya tak de kaitan dengan dia.

Jadi, kenapa pulak kali ini Si Mahpuz terima pulak jawatan yang diberikan kepada dia? Tak jatuh pulak ke standard dia sebagai seorang 'Pemimpin Besar'?

Nampak sangat la yang PAS Kedah sekarang ni memang tandus dalam memilih pemimpin sampai 'TERPAKSA' ambik budak yang setakat lulus SRP ni untuk jadi Pesuruhjaya Negeri. Memang tak ke mana la PAS Kedah jawabnya nanti!!!
PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa post mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 petang tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.
Categories: , , ,

7 ulasan:

  1. mahfuz.. selamat bertugas. mulut kena jaga jgn lancap sangat.. nnti lidah tu kena potong.

    BalasPadam
  2. Elok la kalau gitu biar si Mr. Bean ni menjalankan tugas sebagai wakil rakyat...diharap MB Kedah membiarkan YB PAS membuat kerja dikawasan yang mereka menang..jangan bila timbul masalah pergi kepejabat pegawai DUN yang dilantik oleh MB pula untuk menyelesaikan nya..sekarang ni apa yang dilihat, Adun PAS ataupun PKR hanya berpeluk tubuh sahaja dengan tidak menyelesaikan masalah rakyat setempat dengan alasan mereka tiada duit peruntukan..kerja ADUN PAS seharian buat ceramah mengutuk orang je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kau jgn paidai ckp je..puki mak ang

      Padam
    2. Kau jgn pandai cakap je

      Padam
  3. semua blogger mesti pakat untuk mencari kisah benar,cerita-cerita dan kes-kes penipuan penindasan dan penganiayaan dalam sektor pekerjaan,perniagaan,sosial dan lain-lain terhadap anak melayu serta semua melayu amnya.Pakatlah buat kempen dalam semua blog yang ada.

    BalasPadam
  4. Malang Pas Kedah dapat pemimpin yang tak cerdik bahasa kasar ***** balik2 puak depa juga yang dipilih bagi peluang org yang cerdik sikit jadi pemimpin.

    BalasPadam
  5. Mulut longkang ni jadi Pesuruhjaya PAS Kedah, memang Hj Hadi nak penaya Mr Bean ni agaknya...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping