Rabu, Mei 22, 2013


PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas presiden Iran Mohammad Khatami hari ini meminta Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membentuk sebuah pasukan petugas bagi mengkaji secara mendalam perpecahan yang berlaku antara puak Sunnah dan Syiah.

Dalam rayuan bersama yang bertujuan menamatkan keganasan dan pertumpahan darah antara kedua-dua puak itu, dua pemimpin terkemuka tersebut  berkata pasukan petugas berkenaan mungkin dapat mengemukakan cadangan konkrit untuk diambil tindakan oleh para pemimpin ummah dan politik  berhubung perkara itu.

Dr Mahathir berkata hasrat beliau adalah semata-mata untuk melihat keganasan dan pertumpahan yang berlaku antara puak itu, dihentikan.

"Saya tak ada agenda yang terlalu besar seperti untuk menyatukan umat Islam kerana saya berpendapat tugas itu boleh diserahkan kepada orang lain. 

Tapi,  biar apapun perkara yang menjadi perselisihan antara mereka, janganlah sampai membunuh satu sama lain," katanya kepada pemberita sebelum melancarkan Rayuan Bersama itu, yang dibuat untuk julung kalinya oleh dua negarawan terbabit di bangunan Yayasan Keamanan Global di sini.

Khatami diwakili penasihat khasnya Dr Ali Khosroo, manakala presiden  International Movement for a Just World (JUST) Dr Chandra Muzaffar juga turut hadir pada sidang akhbar itu.

Rayuan Bersama itu, yang akan disiar secara dalam talian dalam lima bahasa - Melayu, Inggeris, Arab, Urdu dan Perancis, antara lain mengandungi rayuan  kepada individu dan kumpulan masyarakat sivil yang prihatin dari seluruh dunia supaya bersama-sama menyertai usaha tersebut.

Dr Mahathir, yang komited untuk menamatkan sengketa antara dua puak itu, berkata umat Islam, tanpa mengira mazhab dan doktrin, perlu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam adalah agama yang menganjurkan perdamaian.

"Bagaimanapun, ketika ini, kita tidak boleh mendakwa demikian apabila kita berperang sesama sendiri. Atas sebab inilah saya sependapat dengan Dr  Khatami, seorang pengikut Syiah, membuat rayuan ini kepada saudara seagama kita, tidak kira daripada puak Sunnah atau Syiah, agar kita sekurang-kurangnya dapat hidup bersama secara aman dan bersama-sama menangani bahaya yang sedang kita hadapi," katanya.


Ps: Bayangkan. Rakyat dunia terutamanya dikalangan umat Islam sendiri sedang berlumba - lumba untuk bersatu tanpa mengira fahaman masing - masing.

Tapi di Malaysia lain pulak ceritanya. Hanya sebab berbeza pandangan dalam Politik dan berlandaskan dendam kesumat, Perpaduan Ummah pun dilupakan.

Itu la yang memalukan kita umat Islam di Malaysia ni. Datang dari satu sunnah pun masih nak bertelagah sesama sendiri. 

Bertelagah kalau ada sebab yang kukuh, tahan jugak. Ini tidak. Hanya setakat berdendam menda kejadahnya!!!
Categories:

7 ulasan:

  1. Jika Sunni Dan shi'i bersatu maka meraung sakanlah zionis Dan talibarutnya.

    BalasPadam
  2. orang pas mengatakan umno kafir....x kan nk orang kafir nk bersidang kt oic..tgk ni...satu dunia iktiraf die....sape kafir sebenarnya nih... org2 pr...mintak2 la sedar...siapa dato mahathir ni...tolong laa bangga jd anak melayu...

    BalasPadam
  3. Pas pula prantara manusia dn syaiton, xde langsung kbaikan pd Islam, yg ada pecahbelah, kafir mgkafir, cerai berai dan btimbun lg, jelas ni bkn dlm ajaran Rasulullah, apa hukum mgkafirkn muslim lain? Apa hukum mmutuskn silaturahim semuslim? Dh brp bnyak fatwa sesat dkluarkan? Bukti dh jelas, apa jadahnya bkawan baik dgn puak kafir smentara saudara smuslim dsingkir? Ajaran apakah ini?

    BalasPadam
  4. http://mufakkir-islami.blogspot.com/2013/05/ulasan-joint-appeal-to-sunnis-and-shias.html?m=1

    takde sape pun yg melopong.. kau je yg overreact.

    BalasPadam
  5. elok jugak tun jadi perantar..kalau pas yg jadi perantara dituduhnya macam macam pas syiah la apa laa kalau tun buat disanjung sampai ke langit...hehe tau dah mentaliti..

    BalasPadam
  6. Talam dua muka bgtulah. Mahathir memang bijak. Dia guna pengaruhnya spaya nampak baik dkacamata rakyat yg dia benar mendokong kebaikan. Dia tahu syiah dn sunni xkan dpt brsatu drpd pristiwa cucu nabi smpai bilax. Baik dia damaikan dulu halx dlm negara.. Tujuannya hanya mncari populariti mengatakan dia tu bgus.. .

    BalasPadam
  7. syiah mengaku je islam walhal ajarannya dah terpesong daripada ajaran islam yang sebenar

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping