Sabtu, Jun 29, 2013


Bila baca kisah dibawah ni, cuba kita fikirkan bagaimana keadaannya sekiranya Hudud PAS dilaksanakan dalam Negara? Dah tentu bapa tu kena kerat tangan dia.

Sebab kalau ikut Hudud PAS, memang itu hukuman untuk orang mencuri. Dia dah tak de nak ikut hukum lain selain dari Hudud. Hukum Takzir, Qisas dan sebagainya tak de.

Jadi, hanya kerana Malaysia tidak mengamalkan Hukum Hudud, maka Kerajaan Malaysia dianggap sebagai Kerajaan yang Kejam. Jika Hudud PAS dilaksanakan, siapa yang lebih kejam sebenarnya? Korang fikir la sendiri!!!
Seorang kelindan lori berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun gara-gara satu bungkusan minuman Milo bernilai RM16.99 yang dicuri dalam sebuah pasar raya, di sini, 25 Jun lalu.

Tertuduh, Wong Chee Voon, 38, dari Taman Seri Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan, semalam, atas tuduhan tersebut.

Dia menafikan mencuri produk minuman itu, justeru mohon kesnya dibicarakan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari, 25 Jun lalu sebelum ditahan pekerja pasar raya yang beroperasi di Batu 3, Jalan Gambang.

Susulan penahannya itu, tertuduh diserahkan kepada polis sebelum dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh.

Tertuduh dalam rayuannya merayu supaya jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM60 sehari.

Dia juga mempunyai dua anak berusia 12 dan 9 bulan yang perlu ditanggung.

Mengambil kira rayuan tertuduh, Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM2,000 manakala 9 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Ps: Nasib baik la bapa tu bukan orang Islam. Kalau orang Islam, dah tentu - tentu PAS turun berdemo depan mahkamah suruh kerat tangan dia!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. semuthitam80, sepatutnya kerajaan umno bn sekarang ni melaksanakan undang2 ALLAH, undang2 islam. sehingga ke hari ini tiada usaha atau langkah2 perlaksanaannya di malaysia.kenapa? kerana pak menteri sendiri tak sanggup nak terima hukum ALLAH dan melaksanakannya.apa alasan lagi mereka nak beri untuk menafikan perlaksanaannya? usahakan perjuangkan agar hukum ALLAH ini digunakan pakai di Malaysia, insyaallah hidup saudara akan bertambah barakah dunia akhirat.cukuplah kondem pas, sekurangnya ada usaha nak melaksana. saya sendiri orang kuat BN, tapi saya sedih, kerana pemimpin saya takut untuk melaksanakan kerana sayangkan kerusi pangkat dan kedudukan

    BalasPadam
  2. Awie958, PAS wujud sejak tahun 1956, sampai hari ini masih belum ada draf Perlembagaan Hudud sedangkan itulah yang sering diorang canangkan sejak dari dulu lagi. Kenapa agaknya ye?

    Bila dimintak supaya mereka jelaskan mengenai Hukum Islam, tak pulak ada sebarang tindakan yang diambil. Adakah Hukum Islam itu hanya sekadar termaktub bagi Hukum Hudud sahaja?

    BalasPadam
  3. Nasihat SH, sebelum kita nak pertikaikan pasal orang lain, elok kita tau dulu apa benda yang kita pertikaikan. Takut nanti malu diri sendiri.

    Tau dulu apa dia Hukum Islam dan tingkat - tingkatnya. Jangan main ikut sedap mulut je....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping