Sabtu, Jun 15, 2013

Jangan jadi ADUN Kedai Kopi sudah la!!!
Dari segi nilai positif, cara dan kaedah macam ni lebih mudah sebenarnya. Cuma tak berapa praktikal untuk dilaksanakan oleh seorang ADUN.

Sebab sebelum ini, tak pernah lagi ada ADUN yang buat Pusat Khidmat Bergerak dimana ianya bakal memudahkan rakyat untuk berjumpa dengan dia.

Sebelum ini, ada seorang ADUN yang buat kaedah ni dan ternyata ianya memberikan impak yang cukup berkesan dikalangan rakyat biasa yang ada urusan.

Tak de protokol dan tak pintu yang nak kena ditempuhi. Dan yang paling penting, tak de kerenah 'Penjaga Pintu' yang perlu dihadapi oleh rakyat.

Tapi malangnya ADUN yang sorang tu suka lepak kat kedai kopi dan menghabiskan masa dia bersembang. Cerita pun pasal bab Politik. Kerja dia tak buat.

Walaubagaimana pun, cara dia tu yang membuatkan rakyat terys mengundi dia dalam Pilihan Raya yang lepas. Jadi, ianya wajar jadi satu pengajaran buat mana - mana ADUN yang berkenaan. Lepas ni, kita pakat ramai - ramai, jadi ADUN Kedai Kopi la pulak!!!
JELEBU - Demi berkhidmat untuk rakyat, Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Pertang dari Barisan Nasional (BN) Datuk Jalaluddin Alias kini beroperasi sementara di khemah.
   
Khemah itu didirikan di kawasan parkir bangunan yang sebelum ini menempatkan Pejabat Umno Simpang Pertang di sini ekoran pemilik bangunan itu telah mengeluarkan notis supaya mengosongkan bangunan itu mulai esok (15 Jun).
   
"Sebagai anggota Dun yang diberi mandat pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, saya berpandangan khidmat saya kepada rakyat mesti diteruskan walaupun tidak ada pejabat.
   
"Jadi, untuk itu maka kami mengambil keputusan untuk membina khemah sementara ini sebagai pusat khidmat Dun...saya berharap masyarakat di Dun Pertang ini khususnya dan di kawasan Parlimen Jelebu supaya bersabar sementara kita mendapatkan tempat yang lebih selesa," kata Jalaluddin kepada pemberita di sini, hari ini.
   
Beliau yang juga anggota Exco kerajaan negeri mendakwa walaupun menerima notis supaya mengosongkan bangunan itu mulai esok namun barangan di pejabatnya di bangunan itu telah dipindahkan pihak tertentu ke bangunan sebelah pada Isnin lepas (10 Jun).
   
"Ini saya anggap satu tindakan yang tidak wajar dan satu laporan polis telah dibuat," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. tak kn takdo bangunan lain kot.jgn buek kojo mengarut la

    BalasPadam
  2. Publsiti murah la tu..

    BalasPadam
  3. Sebab mmg dah takde bangunan lah buat mcm tu. semuanya rais kesayangan kau tu nak control

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping