Sabtu, Jun 15, 2013


Bila bercerita harga tambang bas nak naik ni, orang mula la kecoh tak tentu arah. Semua jari mula ditunding ke arah Kerajaan. Kononnya Kerajaan ni kejam.

Mula la puak - puak Pakatan Haramjadah tu tuduh Kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang ni zalim terhadap rakyat. Baru menang, dah nak naikkan harga.

SH faham bahawa tuntutan untuk menaikkan harga tambang bas ni bukan datang dari SPAD. SPAD pun hanya mencadangkan perkara tersebut.

Baru bercadang, belum dilaksanakan lagi. Tapi puak - puak Pakatan Pembangkang ni diorang tak perduli. Belum buat pun diorang dah mula hasut rakyat dulu.

Jika yang buat tuntutan tu datangnya dari pengusaha - pengusaha bas, buat menda kejadahnya SPAD yang keluarkan kenyataan?

Sepatutnya, kalau pengusaha tu yang nak mintak naikkan harga tambang bas, diorang la yang kena buat sidang media, bukannya Pengerusi SPAD.

Inilah masalahnya dengan agensi Kerajaan ni. Nak jugak cari jalan untuk bunuh diri sendiri. Nak jugak cari jalan untuk menyusahkan orang lain.

Bila isu ni dijadikan santapan puak - puak Pakatan, mula la diorang nak cari salah orang lain. Walhal, isu ni boleh selesai tanpa sebarang spekulasi.

Suruh la pengusaha bas tu yang buat sidang media. Suruh la diorang buat tuntutan. Bila SPAD yang bukak mulut, orang akan tuduh Kerajaan.

Dah Kerajaan jugak yang dipersalahkan. Dah puas pulak orang nak menjawab isu yang sebenarnya 'Non Issue' macam kenaikan harga tambang bas ni.

SPAD pun kena tau. Isu pasal tambang bas ni melibatkan rakyat secara keseluruhan. Melibatkan ramai orang. Bukan setakat satu dua kelompok saja.

SPAD perlu pikir mengenai rakyat, bukannya kehendak pengusaha bas tu sahaja. Pengusaha bas tu dia boleh bagi macam - macam alasan. Tapi rakyat, nak bagi alasan apa?

Zaman sekarang ni, nak buat kerja, kita kena pikir apa yang orang lain akan buat. Kita dah kena pikir 'out come' kepada perlaksanaan. Baru kita boleh buat.

Kalau masih nak guna pakai cara lama, macam - macam masalah yang akan timbul. Macam - macam spekulasi yang orang akan buat. Tu semua kena pikir dulu dalam keadaan semasa.

Zaman sekarang ni bukan macam zaman dulu. Pantang ada silap sikit, memang akan dijadikan bahan modal untuk diorang mengkritik Kerajaan.

Jadinya, SH mintak sangat la pihak yang berkenaan pikir dulu sebelum nak ambik sebarang tindakan. Banyak kemungkinan akan berlaku. Jangan hanya setakat nak pikir pasal kepentingan satu dua orang je kerjanya!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. Kita ada menteri yg bengong....ker spad ni ada syer dlm tu?tu la aku ckap pemimpin kita ni bodo..yg minta penguasaha bas.yg gomen ni sibuk buat apa?sebagai gomen kena jaga rakyat nya kehendak.tiap2 tahun pengusaha bas akan bg reason yg sama.x untung.tak kan spad x buat analiss tiap ari raya pengusaha bas akan guna alasan sama.

    Spad nya bos ni tau nak naik kan kos jer..kalo dah bankrap..biarkan bankrap.tak pun kjaan amik je bas2 ni.ikut stail hongkong.

    Semua nak bunuh diri sendiri..pastu org lain penat nak back up gomen.nak xplain why govt buat mcm tu..susah kalo ada org yg bengong pastu stail plak zaman tok kadok

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga alat ganti kenderaan meningkat,usia bas ekpres yg boleh digunakan juga telah dikurangkan dari 15 tahun kepada 10 tahun,cuba fikirkan beban yang terpaksa ditanggung pengusaha,insurans kenderaan juga naik..pelaksanaan gaji minimum semua terpaksa ditanggung pengusaha,bas pun bukan hari hari penuh,kadang2 dlm sebiji bas cuma ada 10 orang penumpang untuk prjalanan dari kedah ke kuala lumpur,tidak berbaloi perjalanan..bila musim perayaan dan cuti sekolah baru orang ramai,bila cuti sekolah hotel dan chalet menaikan harga bilik tiada orang persoalkan,semua orang tutup mata,

      Padam
  2. SPAD harap muhasabah agensi...hehe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping