Sabtu, Jun 15, 2013


Kalau kita ikut logik pun, dalam keadaan sekarang ni, ada ke orang yang nak buat pengakuan terbuka? Kalau ada pun, dah tentu - tentu orang tu hilang akal.

Mana tidaknya. Nak buat gerakan sulit, tapi nak bagi tau kepada semua isi alam, sulit menda kejadahnya lagi? Bila dah terdedah macam ni, mana ada orang nak mengaku.

Kalau ada pun berlaku perbincangan, PAS memang saja cari maut la kalau diorang berani mengaku secara terang - terangan depan rakyat.

Mati hidup semula pun belum tentu diorang nak mengaku beb. Dah la sekarang ni PAS dalam Pakatan pun ibarat kain buruk. Kalau diorang mengaku, habis punah ranah la.

Nak pulak kalau DAPigs tau pulak yang diorang ada agenda lain disebalik tabir. Memang terus kena cantas. Tak de maaf dah bagi PAS sekiranya perkara tu berlaku.

Macam kes Si Ketua Penipu tu yang buat perjanjian sulit dengan Datuk Seri Najib. Nasib baik je puak - puak DAPigs tu masih nak jadikan Si Ketua Penipu tu Balaci diorang. Kalau tidak, dah lama dah Si Ketua Penipu tu masuk longkang!!!
PETALING JAYA: Kepimpinan PAS Selangor mendakwa tidak mendapat maklumat mengenai usaha membentuk kerajaan kerjasama atau perpaduan dengan Umno di negeri itu, kata Dr Rani Osman.

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor tidak mendapat maklumat mengenai perkara itu…setakat yang saya tahu tidak ada.

Saya tidak tahu kalau rundingan dibuat dengan timbalan-timbalan saya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Adun Meru menegaskan jika ada cadangan kerajasama, pihaknya akan merujuk kepada PAS Pusat untuk mendapat restu.

Beliau menambah, jika PAS membenarkan, rundingan atau kerajasama akan dilakukan.

Dr Rani berkata demikian ketika mengulas tuIisan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dalam blognya terdapat rundingan perpaduan Melayu d iantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping