Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin, atau Chegubard dan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim, adalah antara 33 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Mereka didakwa atas tuduhan merusuh dan menjadi ahli perhimpunan di depan bangunan Parlimen, bulan lalu ketika menyertai perhimpunan Blackout 505.
Selain Adam Adli, 25, Badarul Hisham, 35 turut didakwa adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, 24, Sekretariat SMM, Ekshan Bukharee Badarul Hisham, 22.
Semua mereka mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Beliau kemudiannya membenarkan setiap tertuduh, masing-masing diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan kes.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.