Isnin, Julai 29, 2013

"Internet bukanlah punca kekeliruan dalam masyarakat".

Menurut Tuan Ibrahim, cadangan untuk menyekat akses internet yang diumumkan Menteri Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak dapat menyelesaikan masalah kekeliruan rakyat.
Demikian petikan dari laporan yang disiarkan dalam Sinar Harian tadi. SH memang setuju sangat dengan apa yang disebut oleh Pak Berahim ni.

Memang betul sangat la apa yang dia cakap tu. Internet memang tidak wajar dipersalahkan kerana mengakibatkan kekeliruan dalam masyarakat.

Malah, sekatan yang dibuat ke atas internet tidak akan dapat untuk menyelesaikan sebarang masalah berkaitan dengan kekeliruan rakyat.

Lagi pun internet ni 'Besi'. Macam mana 'Besi' boleh dipersalahkan dalam hal ni sebab 'Besi' tak boleh buat apa - apa? Itu yang Hadi Awang dah cakap dulu.

Yang perlu dipersalahkan ialah 'Pemain Internet' tu sendiri. Mereka yang bertanggungjawab menyebarkan kekeliruan dan menjadi penyebab masalah ini berlaku.

Nak pulak dari kalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang mempergunakan internet sepenuhnya untuk menghasut rakyat membenci Kerajaan.

Mereka menggunakan internet untuk menyebarkan dakyah penipu mereka kepada rakyat. Diorang basahkan kepala rakyat dengan kencing diorang dalam internet.

Sebagai contoh, isu 'Blackout' yang digembar gemburkan berlaku di Bentong tempoh hari. Semuanya berpunca dari gerakan dakyah pembohongan puak - puak Pakatan sendiri.

Diorang yang sebarkan cerita kononnya berlaku Blackout di pusat penjumlahan undi sehingga menyebabkan pengikut mereka berkumpul didepan pusat tersebut.

Mereka menuduh SPR menipu dan sengaja memberi kemenangan kepada calon BN sewaktu berlakunya kejadian Blackout tu. Tetapi bila ditanya mengenai Bukti, diorang diam.

Orang suruh diorang buktikan sama ada benar atau tidak kejadian Blackout itu berlaku. Diorang terus berdolak dalih dengan memberi alasan yang bukan - bukan.

Kan nampak sangat diorang sendiri yang menyalahgunakan internet dan menyebar cerita palsu mengenai sesuatu perkara? Maka siapa yang perlu dipersalahkan dalam bab mengelirukan rakyat ni jika bukan puak - puak Pakatan tu sendiri!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping